Selasa, 19 Julai 2022

Nasi Mandy Ikan Baulu

Salam semua.Semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja.Hari ni Rahel hidang nasi mandy dengan ikan baulu/ikan susu.Selalunya nasi arab ni dihidang dengan ayam or daging kan? tapi kenapa Rahel hidang nasi mandy dengan ikan pulak? Sebenarnya Rahel rindu Nasi Mandy Ikan Baulu di salah satu restoran di Kota Kinabalu.Restoran tersebut ada pelbagai hidangan yang sedap.Boleh dikata Rahel selalu pergi restoran tersebut makan,kalau malas keluar rumah Rahel order melalui grab sahaja.Nasi Mandy Ikan Baulu adalah salah satu menu febret Rahel.

Memandangkan Rahel skarang duduk Tawau dan jauh pulak kalau mahu pergi Kota Kinabalu makan Nasi Mandy Ikan Baulu,jadinya Rahel usaha la sikit ke google mencari resepi nasi mandy dan resepi dalam blog Lina Pg tu menarik so Rahel ambil resepi untuk membuat stok ayam dan masak nasi.Hasilnya memang berbaloi dan sangat puas hati.

Untuk resepi ikan Baulu pulak memang Rahel tak siapkan sebab simple saja bah.Korang boleh goreng saja ikan baulu tu macam biasa kalau korang goreng ikan di rumah.Rahel perasakan ikan dengan garam,serbuk kunyit dan sedikit perahan limau/asam jawa kemudian goreng.Oh ya,kena ingat juga ya,buang tulang ikan terlebih dahulu sebelum bubuh perasa supaya senang makan.Untuk hidangan pelengkap Rahel masak sayur bayam masak lemak,tempeh goreng & sambal dabu2 (cili padi+tomato potong kiub+perahan limau+garam+gula secukup rasa)


 


RESEPI NASI ARAB MANDY


By: LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)



Bahan-Bahan A (Untuk Stok Ayam)


1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih)


1 sb Ketumbar Biji


1 sb Lada Hitam Biji


1 sb Jintan Manis Biji


1 sb Jintan Putih Biji


1 labu bawang putih (cuci bersih dan ketuk-xperlu kupas kulit)


2 inci halia (ketuk)


2 labu bawang besar (belah empat)


3 helai Daun Bay


Rempah 4 sekawan (Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Pelaga, Bunga Lawang)


7 cawan air (atau secukupnya)


1 sk garam


Cara-Cara:


Satukan semua bahan A ke dalam periuk, masak hingga ayam empuk.


Angkat ayam ke dalam bekas lain.


Tapiskan stock ayam ke dalam bekas berasingan.Buangkan segala rempah rebusan tadi (Hanya air rebusan rebusan sahaja digunakan untuk masak nasi)Ayam akan dipanggang kemudian



Bahan-Bahan B (Untuk Nasi)


6 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam selama 1 jam)kemudian toskan


7  cawan air rebusan ayam (kalau air rebusan tak cukup, tambah air biasa)


1/2 cawan susu cair


50g butter/minyak untuk menumis


Rempah 4 sekawan


2 helai Daun Pandan simpul


1 Kiub ayam


1/2 sk serbuk kunyit.


Pewarna kuning


Sedikit daun pudina (Rahel bubuh daun seleri)


Cara-Cara:


Panaskan periuk, cairkan butter.Tumis rempah 4 beradik dan daun pandan hingga wangi.


Masukkan air rebusan, susu cair, kiub ayam dan serbuk kunyit


Masukkan beras basmati.Kacau sekata.Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekala)


Bila nasi kering, titiskan pewarna kuning di beberapa tempat.


Kecilka api, tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.


Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina (daun pudina akan membangkitkan aroma nasi.


Dah siap..Boleh dihidang



Selamat mencuba.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan