Isnin, 7 Februari 2022

Mee Hoon Sup Ayam Simple Dan Sedap

Salam😊 Semoga sentiasa sihat,ceria dan bahagia bersama orang yang disayang.Hari ini kira datang rajin sikit untuk siapkan mee hoon sup.Saya selalu buat sup yang simple sahaja,tak pakai banyak bahan,guna apa yang ada sahaja,tapi tetap puas hati makan.So apa yang saya share kali ini memang betul² ringkas sahaja,tapi jangan risau,tetap siok hirup sup ayam ni.



Mee Hoon Sup Ayam Simple dan Sedap
By Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon,direndam sehingga lembut
3 bahagian paha ayam

Bahan untuk ditumbuk/kisar:
5 ulas bawang putih}
5 ulas bawang merah}
4cm lengkuas}~~~~ditumbuk/kisar
4cm halia}
3cm.kunyit hidup}
2 batang serai,diketuk
2 sudu kecil serbuk ketumbar
5 Lembar daun salam/daun bay
1 kiub pati ayam maggi
3 keping asam gelugur(asam keping)
1/2 sudu makan gula
4-5 sudu kecil garam
3 Liter air

Pelengkap:
Telur direbus,buang kulit dan belah dua
Bawang merah,hiris nipis,digoreng
Daun sup dipotong halus

Caranya:

1.Panaskan sedikit minyak dalam periuk,tumis bahan tumbuk/kisar  dan ketumbar hingga wangi.

2.Masukkan ayam,serai,daun salam/daun bay dan asam gelugur.Tumis sebentar.Masukkan air.Masak hingga ayam empuk.Perasakan dengan gula,garam dan kiub pati ayam maggi.

3.Setelah ayam empuk,tutup api,angkat ayam kemudian toskan airnya.

4.Panaskan minyak dalam kuali,goreng ayam sebentar sahaja anggaran 3 minit.Angkat dan toskan minyak.Biarkan suam kemudian pisahkan tulang dengan isi ayam.

5.Ambil mangkuk,bubuh mee hoon,isi ayam,bawang goreng,telur rebus,daun sup.Kemudian jirus dengan sup ayam tadi.Siap untuk dinikmati.

Dalam resepi saya tak sertakan resepi sambal sebab saya guna sambal ready made ja.Jika suka masam boleh perah limau kasturi tapi saya tak bubuh limau sebab dalam sup da ada asam gelugur.



Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan