Khamis, 25 Julai 2019

Daging Gulai Kawah

Salam😊
Macam terlebih rajin pulak sudah saya ni kan😊Baru ja upload kueh siput tiba-tiba muncul lagi dengan Daging Gulai Kawah.Gitu la sebenarnya kalau tidak sebok sangat buat tempahan habis semua buku resepi dibelek2.Kali ni daku masak Gulai konon mau hidang skali dengan roti naan,last2 malas ambil gambar roti naan pulak.Esok2 laitu baru tangkap gambal roti naan,kita bagi laluan pada Gulai dulu.



Daging Gulai Kawah
Resepi by Chef Hanieliza
Sumber:Senangnya Memasak Daging

Bahan A:
500g daging
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 cawan santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugur
2 sudu makan gula merah
2 cawan air
5 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B:
20 tangkai cili kering
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh jintan manis
1 sudu twh jintan putih
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas

Cara membuat:

1.Potong daging nipis dan kecil.Basuh kemudian tuskan.

2.Panaskan minyak kemudian tumiskan kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

3.Masukkab bahan B kemudian masakkan sehingga wangi dan pecah minyak.

4.Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sedikit air dan kacau rata.

5.Apabila sudah pecah minyak,masukkan santan,kerisik,asam gelugur,garam dan gula merah.

6.Masak sehingga mendidih dan pekat.Kacau sekali-sekala.

7 Tutup api dan hidangkan.

Ermmm sedap tau Daging Gulai Kawah ni.

Selamat mencuba😘


Terima kasih sudi membaca😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan