Isnin, 17 Disember 2018

SNOW CHEESE CAKE

Salam ceria๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
Harap korang sabar menunggu saya upload resepi kek snow cheese ni.Sudah 3 hari bertenggek di facebook jadi mesti ramai sudah yang tertunggu-tunggu sebab saya pun sudah janji mo share dalam blog masakan ni.Kek Snow Cheese ni sudah bertahun-tahun bah viral kan? tapi kita tidak pandai jemu makan,boleh dikata sentiasa ada permintaan bah.

Kalau cakap bab kek snow cheese ni kita memang guna kek span sahaja dan dilepa dengan cream cheese yang lemak berkrim kemudian last di atas tu ditabur parutan cheddar cheese yang masin-masin lembut gitu.Tak pernah lagi saya buat kek snow cheese guna Kek CHEESE dalamnya,itu minta puji namanya,walau macam mana pun boleh juga dibuatkan begitu tapi harganya sendiri mo fahamlah,bukan biasa-biasa.Selera ko tinggi kan? maaf la kepada yang terasa tu,siapa suruh tanya saya begitu begini.Kalau mood saya bagus time tu saya jawab baik2 ja.

Ok lah,ni kali saya buat kek span perisa pandan pula,uda selalu sangat guna kek span vanila kan,so kena giliran korang pula buat.Buat ikut selera masing-masing.Oh ya,kek span tu sebenarnya boleh ja dibahagi kepada 3 layer,tapi saya buat 2 layer sahaja.Ikut suka hati kamu la.Sedap kek ni tau.

KEK SPAN PANDAN
Resepi by Puan Noraini Zakaria
Sumber;Panduan Membuat Kek

Bahan:
120g gula kastor
 15g ovalette
250g telur (5 biji telur gred B)

130g tepung superfine}
1 sudu teh serbuk penaik }~~~~diayak

40g air }
1 sudu teh pandan paste}~~~~~ disatukan

70g minyak masak @ minyak jagung

Cara membuat:

1.Gula dan ovalette di satukan.Gaul rata dengan sudu agar ovalette tidak terlalu berketul.

2.Masukkan telur.Masukkan tepung yang telah diayak.Putar perlahan hingga rata.Kemudian tukar kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu lebih kurang 5-6 minit.

3.Tuang air pandan paste.Putar adunan sebati.

4.Masukkan minyak dan putar perlahan selama 3 minit.Gaul dengan senduk pula jika adunan belum sebati.

5.Tuang adunan dalam loyang.Bakar kek pada suhu 170
C selama lebih kurang 45-50 minit.

6.Setelah masak,terlangkupkan loyang pada redai selama 3 minit supaya kek tidak mendap.Keluarkan dan terbalikkan kek.Sejukkan dahulu sebelum digunakan untuk membuat kek bersama hiasannya.

7.Setelah kek span sejuk,potong kepada dua bahagian atau 3 bahagian.Kemudian lepa setiap lapisan kek dengan Cream Cheese.Akhir sekali,tabur Cheddar Cheese Parut di atas kek.

8.Simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 3 - 5 jam.Enak dimakan ketika dingin.

NOTA:
Untuk kek span Vanila,gantikan pandan paste dengan 1 sudu teh esen vanila.

VIDEO


CREAM CHEESE
Sumber:Hasue 
Resepi by Anna Qawina

Bahan:
250g Whipping Cream~(vivo/value)
250g cream cheese
 60g gula icing
110g mentega
2 titik lemon paste,(i skip)

120g Cheddar Cheese parut

Cara membuat:

1.Pukul whipping cream hingga kental,ketepikan.

2.Dalam bekas lain,pukul cream cheese bersama semua bahan lain hingga berkrim.

3.Satukan whipping cream tadi bersama cream cheese,gaul sebati,boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.Siap.Bolehlah lepa kek.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi singgah sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan