Sabtu, 8 Disember 2018

NASI KUNING TAWAU

Salam ceria selalu😁
Hari ni gigih saya buat Nasi Kuning versi Tawau,kata orang Tawau bukan Nasi Kuning Tawau namanya kalau tiada serunding kelapanya.Oh ya,Nasi Kuning ni biasanya kami hidang dengan sambal ikan/ayam dan juga sambal tempe manis & telur rebus.

Masak nasi kuning ni pun sudah ada macam-macam cara,kira ikut keselesaan masing-masing la kan,yang penting kalau sudah masak jadi nasi kuning juga.Saya lebih selesa masak terus guna rice cooker,kalau mau nasinya peroi lebih elok di alihkan ke pengukus setelah dimasak guna rice cooker.Orang dulu-dulu pun memang ditanak nasi tu dulu baru di alihkan ke dalam pengukus,senang masak dan tidak cepat basi.


NASI KUNING TAWAU
Resepi by RAHEL

BAHAN UNTUK NASI KUNING:
500g beras wangi
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
3 helai daun limau purut
1 batang serai,diketuk
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam maggi
2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Memasak:
1.Beras dicuci bersih,kemudian toskan airnya.
2.Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker.Masaklah macam kalau korang masak nasi putih.Bila dah mendidih kacau nasi,kemudian teruskan masak hingga air kering.

SAMBAL IKAN

Bahan-bahan:
450g ikan tuna sirip kuning,perap dengan garam & jus asam limau.Goreng ikan hingga masak.

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia,dihiris
1 batang serai,dihiris
20 tangkai cili kering (sy guna cili kering keriting)
sedikit gula pasir
1 biji limau kasturi,diambil jusnya
1/2 cawan air panas
Garam secukupnya

Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik minyak.Perasakan dengan garam,gula dan asam limau.Tambahkan air panas.(ni supaya sambal tdk kering kontang)
2.Masukkan ikan goreng.Kacau sehingga ikan sebati dengan sambal.

NOTA:
Jika korang suka banyak sambal,korang kena doublekan bahan2 sambal.(bahan kisar) sebab biasanya orang jual nasi kuning letak sambal banyak2 kan? ikannya kecik saja tapi sambalnya banyak meleleh..hahah giteww..

Bahan sampingan yang korang kena siapkan ialah;Telur rebus,Timun & Kerupuk


SERUNDING IKAN & KELAPA

Bahan-bahan:
4 ekor ikan termenung,direbus kemudian ambil isinya saja
250g kelapa parut putih
1 cawan santan
1 biji limau kasturi,ambil jusnya
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil gula pasir
3 helai daun limau purut
Garam secukupnya

Bahan untuk dikisar:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering,cuci bersih
1 batang serai,dihiris
1 inci lengkuas,dihiris

Cara membuat:
1.Isi ikan ditumbuk hingga halus.
2.Masukkan semua bahan ke dalam kuali,masak dengan api perlahan sehingga kering.(ambil masa memasak lebih kurang 40 minit)

NOTA;
Anda boleh guna ikan kembung atau ikan tuna
Sekiranya takda ikan,anda boleh abaikan part ikan tu dan buat serunding kelapa sahaja,tapi bahan2 lain jangan diskip ya.



SAMBAL TEMPE MANIS

Bahan-bahan:

1 bungkus Tempe (200g),dipotong,kemudian goreng hingga garing.
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
7 tangkai cili kering
1 sudu kecil kicap manis ABC
1 sudu makan gula pasir
Garam secukupnya

Cara membuat:
1.Kisar bawang,cili kering sehingga hancur.

2.Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan kisar hingga naik minyak.Perasakan dengan kicap manis ABC,gula & garam.

3.Tambahkan tempe goreng tadi.Kaup balik hingga sebati dengan sambal.

SAYA HARAP KOMPLIT SUDAH RESEPI YANG SAYA TAIP NI,SEMOGA TIADA BAHAN2 DAN CARA MEMBUAT YANG TERLEPAS PANDANG.

SELAMAT MENCUBA.

1 ulasan: