Rabu, 24 September 2014

Putri Ayu Coklat

Salam ceria selalu...


Selalunya kuih putri ayu kaler hijau,tapi kali ni muncul dengan kaler coklat pula...bukan hanya kaler yang coklat tapi memang ada rasa coklat.Resepi asalnya putri ayu hijau,tapi daku tambahkan sedikit serbuk koko dalam adunan untuk dapatkan rasa coklat.Bukan suka-suki derhaka pada resepi tau,tapi tekak saja yg teringin banget makan coklat2...hehehe.Apa2 pun..terima kasih tak terhingga kepada Rohaya kerana telah berkongsi resepi yang mudah dan sedap.Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki.Pada kawan-kawan yang mahu mencuba putri ayu coklat...dipersilahkan...cuma ikut ja resepi yang disediakan ya....sazzzzz...

PUTRI AYU COKLAT
Resepi asal:Rohaya1710
Diolah oleh:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum (Rahel tolak 1 1/2 sudu besar & gantikan dg 1 1/2 sb serbuk koko)
1 cawan santan
1 sudu kecil ovalette

150g kelapa parut putih}
1 sudu makan tepung jagung}~digaul rata

Cara-cara:
1.Isikan kelapa putih ke dalam acuan,mampatkan.Sapu acuan dengan sedikit minyak.

2.Pukul gula dan telur hingga sebati,masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat selama lebih kurang 10 minit.

3.Masukkan tepung,santan berselang seli dan pukul lagi hingga sebati.

4.Tuangkan adunan ke dalam acuan.

5.Kukus selama 8-10 minit dengan api sederhana.

Nota:
Rahel tambahkan 1 sudu teh baking powder ke dalam tepung gandum,kemudian ayak.


Selamat mencuba.

4 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa saya suka mkn tapi bab nak tenyeh kelapa parut tu yg malas tu

    BalasPadam
  2. best..kreatif betul rahel ni..bagus2..lain kali boleh diterai ni..heheh..

    BalasPadam
  3. Tahuuu.... mama memang tak berjodoh tau dengan acuan putri ayu ni. Puas mama lenser bagai, buat kuih apa pun mesti dia melekat. Jeles tengok putri ayu Rahel cantik je keluarnya. Rasa macam nak beli acuan lainlah.

    BalasPadam
  4. Cantik kejadian...kueh ni memang sedap

    BalasPadam