Jumaat, 25 Oktober 2013

Best Brownies

Salam ceria selalu...
Brownies yang sudah berhari2 siap tapi ni hari baru berkesempatan kasi masuk belog.Walau pun masih cuti2 dari memgambil tempahan dapur mesti berasap terus...sekali-sekala kita pun kena la buat hidangan yang menyenangkan untuk diri sendiri.Kali ni Rahel masak best brownies pulak..bukan sekali dua  Rahel buat best brownies ni,tapi udah berkali-kali...boleh gitu? Yaa...sememangnya resepi yang simple tapi sedap..itulah pilihan Rahel..cara penyediannya pun teramatlah mudah...sila semak resepi...


Best Brownies
Sumber:Angie

Bahan-bahan:
1/2 cup unsalted butter
1 cup gula
3 biji telur M
1/3 cawan serbuk koko*
1/2 cawan tepung superfine*
1/4 tsp baking powder*
1 tsp esen vanilla

Bahan-bahan untuk Ganahe
Sumber:Bicara Kek (Wendy Kor)

A.25g sirap kencana
    250g krim segar tenusu
    25g mentega

B.250g coklat masakan

Cara untuk brownies:
1.Panaskan oven 170'C.Griskan acuan dan alas dengan baking paper.

2.Satukan bahan bertanda*

3.Cairkan mentega secara double boiler,bila dah cair angkat dari panas.

4.Masukkan gula,telur,esen vanilla ketika masih panas,kacau hingga lembut guna hand whisk.

5.Kemudian ayakkan bahan bertanda* ke dalam adunan mentega cair,kacau sehingga rata.Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama 25 minit,jangan terlebih bakar.Bila sudah masak segera tuangkan ganache di atasnya.

Cara untuk ganache:
1.Masak dan kacau bahan A secara double boiler sehingga cair.
2.Tambahkan bahan B dan kacau hingga sebati.
3.Tuang ke atas brownies.


Selamat mencuba..

14 ulasan:

  1. Amboi sedapnya rahel terutama yg kt sudu tu

    BalasPadam
  2. sedap sedap, berkilat betul ganache dia...perghhhh

    BalasPadam
  3. wah..terliurnya tengok brownies dengan topping coklat tu rahel..

    BalasPadam
  4. yummeh brownies memang x lari dah sodappp

    BalasPadam
  5. saya budak baru belajar memasak tetapi selalu follow your blog.teringin nak cuba resipi ni tapi boleh tunjukkan tak kotak tenusu yg puan gunakan.saya harap sangat sangat puan dapat membantu.banyak sangat tenusu di pasaran dan saya sangat keliru

    BalasPadam
  6. saya budak baru belajar memasak tetapi selalu follow your blog.teringin nak cuba resipi ni tapi boleh tunjukkan tak kotak tenusu yg puan gunakan.saya harap sangat sangat puan dapat membantu.banyak sangat tenusu di pasaran dan saya sangat keliru

    BalasPadam
  7. rahelll mis u,lama x kemari..yg kt sudu tu mmg jadi kecurr gue..)

    BalasPadam
  8. Hi Rahel, your brownies look very tempting ! I also want to lick that chocolate ganache on top. :)

    BalasPadam
  9. Hi Rahel, klu guna tepung gandum b iasa sma x sukatannya

    BalasPadam
  10. Terima kasih pada sudi jengah dapur Rahel...cayang semua naa...

    Mrs Farah
    memang byk brand krim tenusu di pasaran..tapi kena cari yg halal la..selalunya Rahel guna krim tenusu jenama Anchor UHT whipping cream.

    Tika Hapsari Nilmada
    bias aja...silahkan dijilat gambar browniesnya...hehehe..

    BalasPadam