Isnin, 23 September 2013

Rusian Black White Cake

Salam sejahtera dan salam ceria selalu...
 
Terasa lega sangat-sangat setelah berjaya buat kek rusian black n white,yang paling lega ya la tekak yang sudah berhari-hari tidak merasa kek.Selalu buat kek tapi itu orang punya.Kali ni Rahel buat versi Kak Azlita...Square gitu...cantek...gue suka.Oh ya,sebenarnya hingga ke hari ini Rahel belum tahu resepi Russian Black n White yang ori..seperti apakah? yang ala2 pun sudah sedap apatah lagi yang original dan yang kita tahu resepinya dicipta oleh Bzee Bakery (Zalina Yahya)..oh jauh di sana kalau mau pi berguru...kalau dekat semestinya gue tak mo ketinggalan...
 
Pertama kali ternampak kek ni di JUICY CAFE &CAKES,memang mengancam betul,tapi time tu ingatkan susah dan leceh penyediannya,rupa2nya senang sahaja.Lama juga baru terlaksana..alahai...ok la tu janji sudah merasa...sedap kek ni.Terima kasih kepada Kak Azlita sudi share resepi dan step by stepnya dan kepada yang mahu mencuba dipersilahkan.Rahel ada siapkan resepi sahaja tapi tiada step by step.Bolehlah rujuk di dapur masam manis ya...
 
 
BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE
 
Kek Coklat Lembab
 
Bahan A:
300g tepung gandum
100g serbuk koko
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan
 
Bahan B:
3 biji telur A saiz
400g gula kastor
1 tsp esen vanilla
 
Bahan C:
250ml susu cair
250ml minyak jagung
 
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lembut,bolehlah tambahkan 2 sudu besar susu
pekat manis
 
Bahan D:
250ml air panas
 
Satukan bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair,jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu
pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan
spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang aduna dalam Loyang empat persegi ukuran 8 inc yang telah digris dan dilapik dasar
Loyang dengan kertas minyak
 
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam hingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna,cucuk tengah kek secara sendeng dengan
lidi bersih.Bila lidi keluar bersih ini bermakna kek telah dibakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak.
 
 
 
Krim Keju Moca
 
Bahan A:
12g gelatin
60g air
 
Bahan B:
400g krim keju
2 tsp Nescafe segera~boleh juga letakkan pes moca
60g gula icing
 
Bahan C:
300g krim putar bukan tenusu
 
Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan (double boil)
Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain,pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurana
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
 
 
Chocolate Ganache
 
Bahan A:
250ml krim tenusu
40g sirap glukos
 
Bahan B:
400g coklat masakan gelap
30g mentega
1 sudu besar pes hazelnut~jika suka
 
Satukan krim tenusu dan sirap glukos,didihkan sehingga timbul buih-buih kecil ditepi periuk
Coklat masakn gelap dicincang halus
Tuangkan krim panas ke dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair,gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut,jika tiada
boleh letakkan nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
 
Sirap Nescafe
 
1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam
 
Satukan semua bahan dan kacau rata
 
Kaedah Penyediaan
 
Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan
Letakkan 1 keeping kek atas lapik kek
Sapukan sirap nescafe di atas permukaan kek rata
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek,ini bertujuan untuk
melembabkan kek.
Paipkan ditengah-tengah kek secara menyerong,ganache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan sirap nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca di tengah kek secara menyerong.
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek.
 
Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lepa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek.
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras
 
Ambil lebihan ganache dan cairkan dengan kaedah double boiler.Alihkan kek atas redai.
Alas redai dengan Loyang supaya lebihan ganache tumpah ke dalamnya
Tuangkan ganache atas di tengah kek,kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan
menyaluti keseluruhan kek.
Sendengkan ke kiri dan ke kanan Loyang supaya ia rata.Biarkan sebentar.
 
Alihkan kek yang telah diletakkan ganache dari redai ke lapik semula.
 
Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativitiUntuk Black and White Russian Square Cake,seeloknya potong
sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.
 
 
happy baking.


18 ulasan:

  1. elok je potongan kek RBW Ruhil buat ni, sy buat hari tu potongan tak kemas sgt. tp mmg yummmmy kek ni.....penuh rasa choc & cheese...

    BalasPadam
  2. gorgeous .. matched with your tea towel ;-)

    BalasPadam
  3. Tahniah Rahel. Cantik dan semestinya sedap!

    BalasPadam
  4. Rahel, cantik sungguh kejadiannya...tentu tidak bermasalah bg orang yg teror mengekek mcm Rahel ni...hehe. Tp mmg sedap kan gandingan cheese dan coklat dlm kek ni.. ^__^

    BalasPadam
  5. Bestnya rahel, dah lama teringin nak rasa

    BalasPadam
  6. Wahhhh...Sue juga yang masih kat dalam list lagi kek ini

    BalasPadam
  7. Sedapnya kek rahel, cantik dan kemas pulak tu, tgk pun dah terliur

    BalasPadam
  8. wow..rahel, cantiknya kejadian kek..Nampak kemas dan mengiurkan..

    BalasPadam
  9. Dah buat gak..tapi x sempt tayang..mmg sedppp kan

    BalasPadam
  10. alamak tergoda sungguh...bila nak rajin try ni...

    BalasPadam
  11. sedapnyeeeeeeeeee
    Rahel buat akak betul2 meleleh air liur ni

    BalasPadam