Khamis, 19 September 2013

Puding Roti Karamel

Salam ceria selalu buat pembaca blog Rahel.
 
Hari ni masih lagi masukkan entry tertangguh.Kepada yang udah ternanti-nanti akan resepi puding ni gue minta maaf yea..bukan sengaja mau kasi lambat2,tapi kerana sebok siapkan tempahan.Lepas siapkan tempahan memang letih betul,rehat pun sikit jak.Oh ya,jangan ditanya mengapa puding tak licin permukaannya...ni kerana malas mau bakar dlm oven jadi kita pun pi la kukus...tapi sendiri mau tau la..time buka tudung pengukus memang terkejut habis...puding tersangatlah mengembang dan hamper melimpah keluar dari loyang,jadi kita cadangkan elok la bakar secara steam bake dalam oven yea..confirm cantek kejadiannya.Ok la tu...silahkan mencuba...
 

Puding Roti Karamel
Sumber resepi:Rahel Blogspot 
 
Bahan untuk caramel:(Loyang 8")
4 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
 
Bahan untuk puding roti:
4 keping roti sandwich,buang keraknya,potong dadu
500ml susu segar
2 sudu besar gula pasir
4 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
1 1/2 sudu besar tepung gandum
 
Cara membuat:

1.Karamel:satukan gula dan air,tuang ke dalam loyang dan panaskan di atas api sederhana sehingga pekat jadi karamel.Angkat dan ketepikan.

2.Puding roti:satukan semua bahan puding,blend hingga halus.

3.Tuang adunan pudding ke dalam Loyang berisi caramel tadi.

4.Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.

5.Setelah masak,biarkan sejuk pada suhu ruang sebelum masuk peti sejuk untuk pudding roti yang dingin.Telangkupkan pudding roti ke dalam pinggan yang sesuai.Hidang.
 
Nota:
*Adunan puding ini sesuai dibakar secara steam bake dalam oven selama 30-45 minit pada suhu 170'C.

*Jika hendakkan pudding roti caramel yang licin tak menggerutu macam dalam gambar ni sila jangan kukus pudding ya..hehehe..sebaiknya bakar dlm oven.

*Jika guna Loyang saiz kecik akan dapat pudding yang tebal tapi kena tambah masa untuk membakar atau mengukus.
 
 
Selamat mencuba.


6 ulasan:

  1. Assalam rahel.. nani dtg nak amik sepotong puding caramel.. sedapnya.. nani blom penah cuba versi roti ni.. biasa wat letak telo ngan susu je.. hmmmm wajib cuba ni sebab nampak sedap..
    P/S.. smlm gi tengok pokok telang tu kat pintu pagar skolah.. takde benih lagi.. nanti kalau ada nani kirim ya.. maaf yer.

    BalasPadam
  2. Suka sangat Rahel. Kjee tengah cari resipi ni. TQ.

    BalasPadam
  3. uiii..terasa nyaman sampai sini...ngencess

    BalasPadam