Ini dia cemilan yang paling siok.Selalunya kalau pergi beraya di rumah orang memang tercari-cari cemilan ini.Kadang tak perasan sudah habis berapa cup dimakan.Ni kalau kamu tengah menghadap tv memang sekejap sahaja habis.Nampak simple saja kan tapi kalau resepi tidak sesuai memang tidak menjadi sangat juga apalagi kalau guna cornflakes jenis yang keras memang tidak berapa sedaplah.Kadang ada juga cornflakes yang macam lemau.
Cornflakes Madu
Sumber:Yatie
Bahan A:
125g butter
1/2 cawan brown sugar
7 sdb madu
Bahan B:
6 cawan cornflakes
1 cawan kismis
1 cawan badam cincang panggang/gajus
Hiasan:
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau dipotong kecil
Cara-cara:
1.Panaskan bahan A sehingga butter cair.Setelah cair,masukkan bahan B dan gaul rata.
2.Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
3.Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170'C selama 8-10 minit.
5.Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Nota:
inti dan hiasan terpulang pada selera anda,so buatlah ikut kretiviti anda.
Terima kasih Kak Yatie.
Salam rahel
BalasPadambiskut yg sentiasa laku ni kan
comfirm habis he hee
salam kenal Rahel
BalasPadamwah! dah tayang biskut2 raya nih..
Biskut ni lah yg paling cepat habis. selalunya belum raya lg dah habis.
Menarik n mudah ni..mesti cuba..
BalasPadamMadu je tiada..bahan2 lain semua dah ada stok.. ;-)
simple & sedap. Raya ke tak raya ke, kalau rajin buat utk kudapan
BalasPadamsalam rahel..
BalasPadamni lah biskut paling favourite kami sekeluarga..tiap kali raya wajib ada..memang biskut ni la yang paling cepat habis..sedap..
salam rahel wah dah mengompelex ek...mmg peberet saya ni ...nnti bole ler saya try resepi rahel ni pulak...
BalasPadamNie klu buat dirumah skali adap habis sudaa..mmg sdap..
BalasPadamsedapnya krup krup
BalasPadam