Jumaat, 21 Jun 2013

Lemon Macaroons

Salam...
Bertemu lagi kita di petang hari ini walau pun hanya di alam maya.Hari ni kebetulan memang tiada tempahan,jadi Rahel santai aja di rumah,sambil tu Rahel buat la apa yang patut untuk mengisi  waktu.Kali ni Rahel terpanggil lagi untuk mencuba satu resepi macaroons yang menggiurkan.Terbayang-bayang akan inti cream cheese yang masam manis dan juga kulit macaroons yang semestinya wangi kerana diletak parutan kulit lemon,maka diriku cepat-cepat bertindak untuk menyelesaikan lemon macaroons itew.
 
Setelah macaroons masak,cepat2 Rahel sejukkan atas redai,pastu nda' sabar rasanya mau merasakan apakah hasilnya lemon macaroons itew...betulkah seperti yang terbayang-bayang dalam fikiran...ahh semakin nda sabar mau letak itu filling cheese...satu persatu macaroons mula diletak filling...pastu memang nda sabar sudah...sebelum hidang lemon macaroons sempat juga Rahel bancuh nescafe susu secawan...mau menikmati suasana petang dengan secawan nescafe susu + lemon macaroons...dan kita pun mula la duduk baik-baik sambil tersenyum....ahaksss...mari makan macaroons...ermmm sedapnyaaaaa,rasa cheese masam manis dan macaroons yang wangi,tapi sempat juga bulu merinding...muaaaanis banget,walaupun inti cheese tu dah kurang gula tapi masih terasa sangat manis lemon macaroons itew...len kali akan buat lagi tapi kena kurangkan gula...huh! makcik sempat makan 3 ketul jak..pastu makcik tinggalkan macaroons tu...seram!
 

 
Filling:
115g mascarpone cheese
finely grated rind of 1/2 lemon
1 tsp lemon juice
4 tbsp lemon curd
 
Cara-cara:
1.Pukul mascarpone,lemon rind,lemon juice sehingga licin.
2.Tambahkan lemon curd.Gaul rata.
 
 
LEMON MACAROONS
Sumber:LOVE FOOD
 
Bahan-bahan:
75g serbuk almond
115g icing sugar
2 biji putih telur saiz L
50g caster sugar
parutan kulit lemon dari 1/2 biji lemon
pewarna kuning lemon (makcik guna soft gel lemon yellow colour)
 
Cara-cara:
1.Masukkan serbuk almond,icing sugar ke dalam food processor.Proses selama 10 saat.
   Ayakkan bahan ini.Ketepikan.
2.Dalam mangkuk yang bersih,putar putih telur sehingga berbuih halus.Tambahkan gula
   kaster sedikit demi sedikit (3x) sambil diputar sehingga sebati setiap kali menambah
   gula.Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga stif peak.
3.Tambahkan parutan kulit lemon.Putar rata (jangan terlebih putar tau).
4.Tambahkan campuran serbuk almond + icing sugar sedikit demi sedikit (3x) sambil
   dikaup balik hingga sekata.(kaup satu arah aje).Tambahkan pewarna.Kaup balik hingga
   rata.
5.Setelah itu,ambil sedikit adunan guna spatula,sengetkan spatula,jika adunan jatuh seperti
   ribbon maknanya adunan dah ok.Masukkan adunan dalam piping bag yang diletak nozel
   no 10 atau nozel biasa.Picit adunan ke atas dulang yang dilapik non stick baking paper/
   mac silpat.Hentakkan/ketuk2 dulang untuk bagi adunan rata dan buang gelembung udara.
6.Biarkan adunan kering,jika disentuh dengan jari adunan tak melekat pada jari maknanya
   dah boleh dibakar.
7.Panaskan oven pada suhu  150'C.Bakar macaroons di dalam oven selama 12-15 minit.
   (tergantung oven masing2).
8.Setelah masak.Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum letak inti.
 
Nota:
Anda boleh memilih salah satu resepi inti yang akan anda guna.
 
 
Inti Cream Cheese
Sumber:Rahel
 
Bahan-bahan:
125g cream cheese
15g icing sugar
40g non-dairy whipping cream yg telah diputar gebu
1 sudu kecil jus lemon
parutan kulit lemon dari 1/2 biji lemon
 
Cara-cara:
1.Cream cheese dan icing sugar dipukul hingga lembut.
2.Tambahkan parutan kulit lemon,jus lemon.Putar lagi hingga sebati.
3.Tambahkan whipping cream.Kacau rata.Siap.
 
 
Selamat mencuba.


10 ulasan:

  1. Salam rahel.. wahh2... comel2 je macaroon dia.. terliur tun tgk.

    BalasPadam
  2. Macaron comel...lamanya tak bermacaron...confirm dah ilang skill ni....:)

    BalasPadam
  3. hi rahel..

    kitapun tetiba hangin meroyan buat macaron jugak ni..ari ni baru lepas bakar yang kuning...dah yeayyy tersama plak lemon macarons! hehehe...tp kita belum letak filling lagi...cream cheese tu gud idea!

    BalasPadam
  4. comel..warna nya kuning sweet...sdp tu inti cream cheese

    BalasPadam
  5. Manis sgt kew rahel..tp mnarik la..inti chese lg..gbugn yg mntap ne..

    BalasPadam
  6. Nampak sgt menarik laa Rahel.. Teringin nak cuba.. Insyaallah.. One fine day.. ;)

    BalasPadam
  7. salam rahel..

    wah, ada lagi macaron rasa lemon..sangat menarik rahel..rasanya mesti sedap kan..

    BalasPadam
  8. assalam Rahel
    perisa lemon pulak ye
    jeless akak kat Rahel tau he heee

    BalasPadam
  9. Belum pernah macaroon..kalo mnak cik cuma makan 3 biji kenapa sisa nya ngga lempar ke sini..hehe

    BalasPadam
  10. alahai comeilnya mac lemon tu..mesti sedap tu..

    BalasPadam