Jumaat, 7 Jun 2013

Kek Lapis Keju Coklat Cadbury

Selamat petang...
 


Macam musim kek lapis la pulak minggu ni kan?...hehehe sana sini kawan-kawan tayang kek lapis...cantik dan kemas aje lapisannya...tapi yang makcik buat nampak tak kemas la...huhu..mula-mula tu memang makcik lupa tekan itu kek...haiyaaa...dah masak setengah adunan baru terperasan...takpe lah..makcik juga yang makan kan2x.Kali ni makcik try pulak resepi dari dapur Kak Ros...resepi asal kek lapis keju sahaja tapi makcik yang pandai2 letak coklat Cadbury.Mula-mula ingatkan mahu try resepi Kek Lapis Coklat Cadbury dari dapur Kak Dayang Jack,tapi bila makcik tengok balik resepi...alamak..makcik takde serbuk santan la pula...itu yang makcik terpaksa selongkar dapur makcik2 semua...akhirnya jumpa kek lapis keju ni di dapur Ros.Makcik terus berkenan...oleh kerana nak juga ada coklatnya maka makcik letak la kepingan coklat Cadbury...sedap wooo...sendiri mau cuba baru tau aaa.Kak Ros,halalkan resepinya ya...ijinkan makcik share pulak di sini.


 
 
KEK LAPIS KEJU COKLAT CADBURY
Sumber:Ros
 
Bahan-bahan:(saiz Loyang 7")
200g butter
125g cream cheese
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
140g gula kastor
1 sdb ovalet
125g tepung gandum}-------------saya guna tepung hong kong
1 sdt baking powder }-diayak
50g air ais
 
Coklat Cadbury secukupnya
 
Cara-cara:

1.Pukul butter sehingga kembang.Masukkan cream cheese dan pukul sehingga sebati.

2.Dalam mangkuk berasingan,pukul telur,gula & ovalet sehingga kembang.Masukkan tepung,air ais secara berselang-seli sehingga sebati.Masukkan adunan butter & cheese sehingga sebati.

3.Ratakan 4 sudu makan ke dalam tin yang dilapik kertas dan digris.

4.Bakar dengan api gril sehingga permukaannya perang.Tekan supaya rata & lapiskan dengan adunan seterusnya.Bakar selapis-selapis hingga habis.
 
Nota:

*Untuk adunan pertama kena bakar guna api atas dan bawah selama 8-10 minit.Tekan bagi rata.Kemudian tuang lagi adunan seterusnya.Bakar guna api atas pada suhu 170'C selama 8-10 minit.

*Buat 2 atau 3 lapis kemudian,tuang lagi adunan seterusnya,susun kepingan coklat Cadbury.Kemudian bakar lagi selama 8-10 minit guna api atas.

*Untuk yang terakhir sekali,tutup tin dengan aluminium foil,kemudian bakar lagi guna api atas dan bawah selama lebih kurang 10 minit.

*Setelah masak,biarkan sejuk.Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.
 
 
Selamat mencuba.


16 ulasan:

  1. Assalamualaikum...Rahel aduh...menggoda sungguh.....

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. jangan risau .. sungguh cnatik lapisan tu x de cacat cela pun hihi.. ..bila la nak buat kek lapis ni

    BalasPadam
  4. rahel nak tau.. dah bertahun akak beli penekan kek lapis tu.. tp sekali pun tak pernah guna lagi utk kek lapis.. sbb tak pernah buat.. hehehe..

    tgk resepi ni guna telur tak byk... mcm bagus je.. tp rajin ke? adehhh...

    BalasPadam
  5. Rahel... k.gee terlior ni...

    BalasPadam
  6. Dedulu rasa susah sgt nk buat kek lapis....sekarang... no no!. ada plak resepi utk sukatan yg sesuai utk perut ai yg mini ni...sedap tu rahel ada cheese n coklat...muahsss love love love patblas juta....:)

    BalasPadam
  7. wowowoooowwww!!!! bestnya Rahel...gue ada sudah geng melapis ni.... syiok bikin kek ni kan... makannya lagi tambah syiok!

    BalasPadam
  8. Ramai tayang kek lapis ni mengoda lah he hee
    cantik la Rahel

    BalasPadam
  9. Rahel buat akak teruja nak buat jugak ni kena ambik mood santai dulu baru boleh buat ni adussssss sedapppppp

    BalasPadam
  10. Salam kak rahel..pasti sdap kek lapis cadbury ni..penekan kek lapis?? Oowh..ade yea.sy br nk blaja2 buat kek.

    BalasPadam
  11. salam rahel.. kemas cantik je lapisan tu. jeles tun tgk..

    BalasPadam
  12. wah, lepas kak amie..rahel pun tayang kek lapis jugak..em, aku suka makan kek lapis ni..rasanya sedap betul..apapun, cantik lapisan yang rahel buat.

    BalasPadam
  13. Mareee..kita lapis melapis.. melly pun dah bookmarked recipe ini masa tengok di blog nya Sury.. ;)

    BalasPadam
  14. pukul berapa baru siap ni rahellll....
    cantik...ucu blh tolong kemaskan kek2 yg dah elok dipotong tu....ngap...ngap....dah kemas..... hihihi

    BalasPadam
  15. blom berani lg nak mencuba versi bakar selapis selapis nih... bila nengok org buat mcm teringin jer...

    BalasPadam