Salam😊
Roti Goreng Keju Inti Coklat
Sumber:Sedap
Bahan dasar roti goring:(Anggaran 20 ketul)
300g tepung gandum
4g yis segera/1 sudu teh
15g susu tepung/2 sudu besar
30g gula pasir/2 sudu besar
1 biji telur
150ml air sejuk
50g marjerin
1 sudu teh garam
1 sudu besar keju parmesan,i skip
Bahan Pelapis:
100ml air,untuk pencelup
100g serbuk roti kasar
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1.Campur tepung gandum,yis segera,susutepung,gula pasirdan serbuk penaik.Kacau rata.
2.Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh licin.Masukkan
marjerin dan garam.Uli sehingga elastic.Biarkan doh rehat selama 30 minit.
3.Kempiskan adunan.Masukkan keju parmesan.Uli rata.
4.Timbang setiap bahagian adunan seberat 20g.Bentukkan bulat.Biarkan doh rehat selama 10 minit.
5.Leperkan adunan.Bubuh inti dan bentukkan bulat/bujur.
6.Celupkan dalam air.Gulingkan di serbuk roti kasar.
7.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.
Pesan:
Untuk inti sosej,rebus terlebih dahulu sosej kemudian potong kepada 3 bahagian.
Bahan Inti:
50ml krim pekat
150g coklat masakan hitam,dipotong-potong
Cara membuat:
1.Panaskan krim pekat.Masukkan potongan coklat masak hitam.Kacau sehingga coklat larut.
Bentukkan bebola.Sejukkan ke dalam peti sejuk.
Selamat mencuba.
wah suka ni Rahel, kalau dpt merasa alangkah bahagia nya di lawan dgn nasi dagang akak heeee buat minum petang ni kan
BalasPadamgulllrppp.. Telan air liur teringin...
BalasPadambak mai 2 ketul boleh? nak makan tea time jap gi.. huaaaaa.. sedap nye roti goreng cheese...
Salam Rahel..
BalasPadamsedapnya roti goreng nie..harus cuba nie..hihihii
Assalam Rahel.. Best kalo dapat wat minum petang ni..
BalasPadambestnya rahel, ala2 donut ye tapi letak cheese kat dlm tu, walah dpt byngkan dgn inti coklatnya lg
BalasPadamsedapnya makan roti yang coklatnya cair dimulut ni..
BalasPadamKehadapan rahel yang manis n suwit....
BalasPadamSila tinggalkan beberapa ketoi utk dahku..sbb esok pagi subuh2 adam ai akan terbang ke sabah bah demi bun yg moolat2 itu.sekian... ;)
wahhh...sedapnya tengokk
BalasPadamboleh try nnti...
Sedapnys Rahel
BalasPadamada coklat dlmnya tu