Khamis, 11 April 2013

Kek Keju Dingin Blueberi

Selamat petang.Apa khabar? sudah siap minum petang? Hari ni mood mahu makan kek yang enak gitu..konon2 mahu buat Russian black n white chocolate kek atau kek coklat indulgent hinggakan di facebook pun minta tolong kawan-kawan carikan resepinya...tapi akhirnya mood pemalas pulak yang datang...nah inilah hasilnya...Rahel memilih untuk buat kek yang enak..nyaman tapi ringkas...wallaaa...
 
 
KEK KEJU DINGIN BLUEBERI
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek 
 
KEK SPAN VANILA
 
Bahan-bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A
130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}-->>>diayak A
40g air
60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila
 
Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8".Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar
   pada suhu 170'C.
2.Satukan gula kastor,ovalette,telur dan bahan A ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan ke-
   lajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukarkan kelajuan tinggi & pukul lagi sehingga kembang
   selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air dan esen vanilla.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi
   selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,telangkupkan agar ia tidak mendap.
   Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biar-
   kan ia sejuk.
7.Potong kek nipis untuk dasar kek keju dingin blueberi.
 
 
Inti Keju & Blueberi
 
Bahan-bahan:
250g krim keju
200ml krim putar tenusu (dairy whipping cream)
80g gula kastor
60g air panas mendidih}
13g serbuk gelatin halal}-->>>disatukan
 
Inti Blueberi-untuk hiasan
 
Cara membuat:
1.Griskan acuan bulat berukuran 7 inci x 3 inci.Lapik dengan plastic wrap.
2.Masukkan satu lapisan kek span ke dalam acuan dan ratakan dasarnya.
3.Pukul krim putar hingga kembang dan pekat.Ketepikan.
4.Pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
   Masukkan krim putar tadi dan dikacau hingga sebati.
5.Tuangkan larutan gelatin yang sudah sejuk ke dalam adunan keju.Kacau hingga sebati.
6.Tuangkan adunan ini ke atas kek span tadi.Simpan dalam peti sejuk selama 5-6 jam sebelum
   dipotong.
7.Hiaskan dengan inti blueberi.
 
 
Selamat menikmati kek keju dingin blueberi...memang sedap banget...dijemput mencuba yea....


8 ulasan:

  1. Rahel, tengok colornya dah terasa sejuk dalam mulut dan tekak.

    BalasPadam
  2. cantik purple je Rahel mesti sedap dan lembut b angat ni kan tuggu mood rajin nak try lah

    BalasPadam
  3. cantikk cheesecake rahel tu....

    BalasPadam
  4. Mengoda lah kek Rahel ni, merasa nk mkn kek jg

    BalasPadam
  5. Rajinnya rahel buat kek, tergiur pulak

    BalasPadam
  6. Kalau kek lawa mcm nie konfirm mesti sedap yum..yum

    BalasPadam