Rabu, 23 Januari 2013

Pulut Panggang

Salam ceria selalu.Hari ni saya teringin makan pulut panggang dan kebetulan bahan-bahan semua da ada so kita marathon la di dapur.Selalunya orang suka bubuh inti serunding ikan or sambal udang tapi ini kali saya buat sambal kelapa sahaja sebagai inti pulut panggang.Sedap dan semerbak ja pulut panggang ni time kita panggang tadi.So sesiapa yang teringin bolehlah mencuba resepi yang simple ini.


Pulut Panggang

Pulut Panggang
Sumber Resepi:Rahel
 
 
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut-dicuci bersih kemudian rendam selama 2 jam,kemudian toskan
350ml santan pekat}
1 1/2 sudu kecil garam}-satukan
3 helai daun pandan-disimpul
 
Daun pisang secukupnya untuk membungkus pulut
Lidi secukupnya untuk sematkan daun
 
Cara membuat:

1.Panaskan air dalam periuk pengukus.Setelah mendidih,kukus beras pulut,daun pandan selama 15-20 minit.Setelah itu keluarkan nasi pulut dari periuk,letak di dalam basen.Tuangkan santan,gaul rata.Kukus semula nasi pulut selama 15-20 minit.

2.Ambil satu lembar daun pisang,letak 1 1/2 sudu makan nasi pulut,tekan2 bagi rata.Kemudian letak satu sudu makan sambal kelapa di atasnya.Letak lagi satu sudu makan nasi pulut di atasnya.Ratakan.Gulung sambil dipadatkan.Sematkan hujung daun dengan lidi.Buat sampai habis.

3.Panaskan kuali leper,susun pulut yg sudah dibungkus tadi di dalam kuali.Masak sambil dibalikkan hingga daun seperti pada gambar pulut panggang.Sedia dinikmati bersama secangkir teh "0" panas.


Sambal kelapa

Sambal Kelapa
Sumber Resepi:Rahel
 
Bahan-bahan:
200g kelapa parut yang putih
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan udang kering-direndam dg air panas,toskan,kemudian tumbuk hingga halus
sedikit cili padi -ditumbuk hingga lumat
1 lembar daun salam
1 sudu makan gula pasir
3 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili
 
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan.Gaul sebati.
2.Panaskan kuali.Masak sambal kelapa dengan api perlahan selama 10 minit.
3.Sedia untuk diguna.



Selamat menjamu selera.


20 ulasan:

  1. sedapnyaaa...nak 2 ketul boleh?hehehe

    BalasPadam
  2. wallawe.. lamanya ndak mkn.. sedap ni..

    BalasPadam
  3. ~huhuu pulut panggang..suka sgt tp xpnh bt sndiri lg.. males sikit bab nk bungkus membungkus niih hihiii

    BalasPadam
  4. sedapnya rahel, wah terornya buat pulut panggang

    skrg susah nak dpt yg sedap kan, buat sendiri puas hati tapi kalau kita takde lah nak buat hihi

    BalasPadam
  5. hi rahel..
    seyess gua kecurr nie..esk mau cari nak buat sendiri malas,..

    BalasPadam
  6. sedapnyer....tapi tak tau buat...boleh?

    BalasPadam
  7. Rahel...nice dapat makan pulut panggang...

    BalasPadam
  8. fav hb QH ni tau Rahel..xmiss beli klau bulan posa..sbb bininye malas nk buat..hehe...nmpk sedap..bgkus kak 3 ketuiii :)

    BalasPadam
  9. Memang hantu pulut panggang dari dulu....tak cukup inti di dalam, cicah lagi dengan inti waktu makan he he he ehhhh

    BalasPadam
  10. sedapnye,akak pun minat tp suker mkn yg beli he he tak reti nk buat

    BalasPadam
  11. ini memang enak,gw juga mau di lempar pakai puut panggang..hehe

    BalasPadam
  12. assalam rahel..sedapnya..acik suka makan pulut panggang..tapi acik tak pernah buat sendiri..beli je

    BalasPadam
  13. hulur2 la org kat semenanjung sikit...bole wat minum petang..

    BalasPadam
  14. Aslmkum Rahel
    sedapnya....nak mkn pulut panggang itu juga tp tak rajin nak buat.....

    BalasPadam
  15. Waaah! Fav nie... Tapi x reti buat sndiri lagi... Hhehee... Biasa nak makan p beli jer... Rajin Rahel buat yer...

    BalasPadam
  16. salam Rahel..
    aduhhhhh.. rajin banget buat pulut panggang ye.... ngences tgk pagi2 ni...

    BalasPadam
  17. sedapnya..kalau beli susah nak dapat yg sedap.. ;-)

    BalasPadam
  18. sedapnye rahel..ada lg tak..zila suka

    BalasPadam