Salam manis dan selamat bersiaran kembali...apa khabar semua? Hari ni tuan tanah punya kepala banyak berat wo...selsema melanda..mata pun berair...tapi gagahkan jugak letak entry yang tertangguh.Kek Coklat pisang ni dibuat pada 5,november 2012 sempena ulang tahun perkahwinan kami yang dah cukup tiga tahun.Terima kasih banyak kepada teman2 yang wish dan mendoakan kebahagian kami walau hanya di fb...saya sangat menghargainya...
Baeklah,skarang kita cerita pasal kek coklat pisang ni,memang sedap banget.Kebanyakan kek coklat pisang menggunakan kek span coklat kan..tapi yang ni lain pulak..ianya menggunakan kek sifon pisang..memang lain dari yang lain...ada rasa tersendiri.Kalau cakap pasal Banana Chocolate Cake secara langsung fikiran akan tertuju kepada Banana Chocolate Cake yang ada di restoran secret resepi kan?
Bah..jomlah kenali bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat Banana Chiffon Cake....jeng jeng jeng..Banana Chiffon Cake
Sumber:Bicara Kek (Wendy Kor)
Bahan A:
150g tepung berprotin tinggi
5g serbuk penaik
15g serbuk koko
30g serbuk kacang hazel
100g gula kastor
3g garam
Bahan B:
70ml minyak masak
4 biji kuning telur
120ml susu segar U.H.T
100g puri pisang
1/2 sudu teh pes pisang
Bahan C:
4 biji putih telur
80g gula kastor
1/4 sudu teh krim tartar
Cara-cara:
1.Campur semua bahan (A) ke dalam mangkuk dan gaul sekata secara kering.
2.Tambahkan bahan (B) dan kacau sehingga sebati.Ketepikan dahulu.
3.Pukul putih telur untuk satu minit,tambahkan gula dan krim tartar perlahan-lahan,pukul sehingga naik dan kembang.
4.Masukkan bancuhan putih telur ke dalam campuran kek dan kacau hingga sebati.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9".Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 35 minit.
Bahan Ganache:
250g krim putar susu
250g coklat masakan
1 sudu besar sirap kencana
20g mentega
Inti Kek:
200g pisang segar
200g krim segar bukan susu (yg ni saya guna 350g)
20g serbuk koko
1.Potong kek kepada 3 lapisan.
2.Pukul krim segar bukan susu dan serbuk koko sehingga kembang menjadi aising.Potong pisang
kecil2 dan campurkan dengan aising.Sapukan inti pisang di antara lapisan kek.
3.Cairkan coklat masakan,krim putar susu,sirap kencana dan mentega cara kukus untuk dibuat
ganache.Salutkan ganache pada seluruh kek dengan rapi.Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum
dihidangkan.
Enjoi.
semoga kebahagian rahel n hubby terchinta berkekalan hingga hujung nyawa.....
BalasPadambelum lagi merasa dah tahu sedap tau kek ni....
Feberet ni sis.. Dulu suka makan di secret recipe.. tapi merosot la SR skg ni.. Teringin la dear..
BalasPadamamboiii rahel.. kemasss nye... tak cacat cela langsung kek ni.. licin je.. geram tengok..
BalasPadamhappy anniversary! this is really yummy .. teringat SR punya kek
BalasPadamhappy anniversary rahel..cantik dan semestinya sedap kek ulang tahun perkahwenan rahel ni kan
BalasPadamalahaiii cam kek SR le pulakk...terliurrr tgk
BalasPadamhappy belated anniversary rahel
BalasPadamcantik gila ganache tu, dgn kilatnya, nak tanya sebelum letak ganache tu ada sapu satu layer krim ye, tgk gambar mcm ada krim sebelum ganache tu
apapun, baklah sepotong kekeke, psst kita tgh diet low carb ni, dpt jamu mata jelah skrg ni
hi rahel! bestnya.. hmm teringin nak cuba, tp bila mood M je ada nih.. ntah bila lah agaknya leh merasa hihi
BalasPadamSalam Kak Rahel...Wahhhh lembut gebusss menawan kalbu...
BalasPadamApa-apa pun rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke3..Semoga senantiasa dilimpahi rahmat olehNya dan bahagia sehingga ke akhir hayat...
antara kek yang sangat teringin nak cuba...tapi belum sampai seru lagi. :)
BalasPadambtw selamat ulangtahun perkahwinan, semoga berbahagia selalu
meleleh air liur tgk kek ni. sob sob. :(
BalasPadamlicin nye ganache yg salut kek tu... haishhh...geram
BalasPadammasih belum terlambat lagi nie... mas nak ucapkan slmt ulg thn perkahwinan ye... semoga hubungan sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat...
BalasPadamcantik sgt kek tu... :)
terbaikkkkkk lah Rahel
BalasPadamhepi anniversary ye semoga bahagia berkekalan ke akhir hayat...
~epy anniversary rahel & husben..
BalasPadamYana pnh mkn kek cani kat SR tp xbesh leerr..tp rahel punye ni mmg tergudaa..i likeee..rs cam nk try bt jer ^__^
sedapnya rahel..nampak lembut jew..klu zila nak buat nnt pm rahel boleyy..byk yg x tau nie:)
BalasPadamhappy third anniversay rahel! kek ni mmg nmpk sgt menggiurkan lah..
BalasPadamadoiiii...nampak gebu kek itu..licin jer topping choc tu..
BalasPadam* happy 3rd anniversary..
Aslmkum Rahel
BalasPadamlicin cantik kek choc Rahel ni dan nampak sungguh sedappp dg hirisan pisang
Cantiknya ganache ni!!!
BalasPadamsirap kencana tu sama ke dengan sirap glukos..
alamak, cantik betul..
nak belajar buat ganache mcm ni selalu x jadi..
Harga Set Bersalin Shaklee
DapurIbuCergas