Rabu, 3 Oktober 2012

Karipap Bijan Inti Udang

Salam...


Karipap Bijan Inti Udang
Sumber:Sedap

Bahan:
250g tepung gandum
1 sudu makan bijan hitam
1 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh garam
70g marjerin
60ml air sejuk
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
1/4 labu bawang besar,cincang halus
3 ulas bawang putih,kisar halus
200g udang tanpa kulit,cincang halus
6 ketul bebola ikan,potong dadu kecil
1 biji cili merah besar,cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
35g suhun,rendam dan dipotong-potong
25ml air
1 sudu makan minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya:

1.Inti;tumis bawang putih,bawang besar dan cili merah sehingga terbit aroma.

2.Masukkan udang.Tumis sehingga berubah warna.Masukkan bebola ikan.Kacau rata.

3.Masukkan sos tiram,sos ikan,serbuk lada sulah dan gula pasir.Kacau rata.Masukkan air dan suhun.Kacau rata.Masak sehingga menyerap.Ketepikan.

4.Kulit;campur tepung gandum,bijan hitam,susu tepung dan garam.Masukkan marjerin.Kacau sehingga berbutir.Masukkan air.Kacau sehingga rata.Uli dan biarkan selama 15 minit dalam peti sejuk.

5.Canai nipis adunan menggunakan canaian mi (i canai guna pencanai biasa),mulai daripada ketebalan no.1 (paling tebal) sehingga ketebalan no.7.Lakukan beberapa kali pada setiap nombor sehingga adunan licin sambil ditabur tepung gandum.

6.Potong-potong bulat berdiameter 10cm.Masukkan inti.Lekatkan dengan air.Tekan sehingga
   melekat.Pilin.

7.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.

Selamat menikmati Karipap Bijan Inti Udang.

22 ulasan:

  1. nampak cantik la karipap tu rahel..
    kretiffff

    BalasPadam
  2. Aslmkum Rahel.nengok resepi intinya ada udang dan fishball...lain dr yg biasa.pasti sedap ngunyah ptg2 sambil tengok tv....

    BalasPadam
  3. Sedapnya karipap.. lama tak buat.. tapi karipap ni lain dr yg lain pasti sedappp.

    BalasPadam
  4. cantik lak karipap tu ada dot dot...

    BalasPadam
  5. wahhh.. cantek sungguh kejadiannya dear.. perfect gitu.. :)

    BalasPadam
  6. datang ngintai rahel masak apa. Ooo.. cantiknya karipap. Unik tak pernah tengok lagi ..

    BalasPadam
  7. Uih!..Sedapnya karipap tu.. Ada kelainan la..Thank's Rahel..Akak copy resepi ya..Hehehee

    BalasPadam
  8. Mama pantang karipap... pantang jumpa! Hehehe...

    BalasPadam
  9. Rahel, nak karipap bijan 2 ketoi... bestnyaaaa

    BalasPadam
  10. salam kenal....
    resepi menarik untuk di cuba....tq

    BalasPadam
  11. Selamat tengahari kak rahel, wah versi baru ni, mesti sedappp : )

    BalasPadam
  12. haiiipppp... sapa soh wat karipap camni? huhhh... fes time tengok karipap banyak taik lalat ni... lawa la pulok... pandai nya rahel ni.. creative betul dia ye... :)

    BalasPadam
  13. Salam kak! ehehe... senyum kita baca komen kak jasnani kata byk tahi lalat :D best3!! nanti leh try, mesti sedappp sbb kita suke bijan itam :D

    BalasPadam
  14. aslmkum rahel.. idea kreatif.. msti best bila mkn tergigit2bijan tu..

    BalasPadam
  15. memang sah kreatif Rahel ni, idea yg tak terfikir dek akak he he

    psst akak c/p resepi tart cheese tau..tqqq sedap sgt

    BalasPadam
  16. Rahel...awak ni mmg kreatippp la...suka dgn idea awak ni...

    geram tgk kuih karipap yg bolat2 tu..gelembung2 badannya..penuh isinya tu...QH nk simpan yer resepi ni..tq

    BalasPadam
  17. slamat malam rahel..alahaii bila nk dicuba nie..he hehhe ampunn jgn goda aq..:)

    BalasPadam
  18. cantek sungguh...trpaut hatiku..

    BalasPadam
  19. Salam kenal.......cantik karipap tu....bnyk dot2.....nnti nk cubalah......tq....bilaudamenulis.blogspot.com

    BalasPadam