Selasa, 11 September 2012

Pukis

Salam manis dan selamat bersiaran.Apa khabar semua? sihatkah? Petang ni Rahel hidang kuih Pukis untuk minum petang.Pukis ni memang menjadi kuih kesukaan Rahel dari kecik hingga skarang tak ketinggalan kuih tradisional ni...kalau malas nak buat pegi beli jer kat gerai..RM1.00/6 biji..dah puas makan.Untuk membuat kuih pukis kena la beli dulu acuan dia yang macam acuan kuih dangai tu..berbaloi tau..sebab buat pukis ni bukannya rumit..panggang pun sekejap sahaja..pastu makan time hangat-hangat..waduh..sedapnyer..ok la tu..jom kita minum petang..
.

Pukis

Bahan:
250g tepung gandum
150g gula kastor
2 biji telur
65g mentega-dicairkan
250ml santan + 1sudu teh garam
1 sudu teh vanila serbuk
1 sudu teh yis segera
50ml susu pekat manis
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Topping (sesuai selera):
keju keping,1 keping dipotong jadi 8 bahagian
chocolate rice
kismis

Cara membuat:
-Putar gula dan telur hingga putih mengembang.
-Masukkan tepung gandum,vanila,soda bikarbonat dan yis,gaul rata.
-Putar lagi sambil tuang susu,santan dan mentega secara bertahap.
-Tutup adunan dengan tuala bersih,perap selama lebih kurang 20 minit hingga mengembang.
-Panaskan acuan,masak adunan sampai masak.

*Campurkan sedikit pewarna kuning ke dalam adunan agar tidak pucat.
*Untuk corak coklat,alihkan sedikit adunan dan letak sedikit emulco coklat.
*Putar adunan hingga kembang (putar lebih kurang 5 minit)



Selamat menikmati Kuih Pukis.

25 ulasan:

  1. salam rahel ,

    mala selalu beli ni pukis masa tinggal di brunei ... kenangan :)

    BalasPadam
  2. wsalam Mala...
    memang betul la tu...kat brunei ramai orang Indonesia kan...jadinya ada la kuih pukis ni kat brunei..

    BalasPadam
  3. 1st time tahu kewujudan n nama kuih ni.. kuih tradisi ye.. hmmm nampak sedap..

    BalasPadam
  4. salam kak! weeeeeee... suke lerrrrrr kuih nii! masa balik mesia itu hari ada beli tp acuan dia takde lerrr tak tahu rupa acuan dangai tu mcm mana :D

    BalasPadam
  5. i likeeee....
    bundo nak buat ni satu hari nanti. Bundo ambek resepi ni. tq.

    BalasPadam
  6. Kok pukis namanya... Xtau nama. Feberet my arjuna ni. ..acuan rahel tu tembaga ke? Boleh rahel tayang x rupa mouldnya...

    BalasPadam
  7. Assalam Rahel.. festaim dengar ni, tp nampak sedaplah..

    BalasPadam
  8. x pernah dengar jgk ..pestime nie..nampak sedapp la..acuannya ada kt smnanjung kew ?

    BalasPadam
  9. sedapnye... nmpk gebu je. nk sepiring he3x

    BalasPadam
  10. semalam baru je sembang ttg kuih ni ngan mak...mengimbas zaman kanak2 dulu.sekarang tak jumpa kuih ni..acuan tu pun susah nak dapat..

    BalasPadam
  11. Owww... kuih Indonesia yer... nampak sedap jer...macam dorayaki jer... hehehe

    BalasPadam
  12. Salam Rahel,

    Saya pernah nampak acuan kuih ni. Harganya RM60 lebih. Kat sana murah ke?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum.. selamat pagi rahel.. :)
    wahhh tadi ingatkan pukis ni apa.. rupanya sejenis kuih yg comel.. acuannye pun 1st time nampak..

    BalasPadam
  14. salam Rahel..

    akak tak pernah dengar.. ^_^
    tak pernah lihat @_@
    tak pernah rasa *_*

    huhu jakun sekejap hehe

    BalasPadam
  15. tak penah tgk pun hihi jadi mcm jakun sikit

    sedap tak rahel, kot2 jumpa bolehlah try beli =)

    BalasPadam
  16. baru kali pertama tgk dan tau namanya
    mesti sedap bila jd feberet Rahel ni kan
    emmm kalu jumpa bolehlah try jugak kan

    BalasPadam
  17. ehh kuih ni macam kenal.. susah nak jumpa kuih ni sekarang lama dah x makan... ... tapi nak buat tu kena ada mould lak ya .. kat mana la nak beli.. sedap bangat ni time panas ..

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum Rahel, kalau akak turun Tawau, boleh jumpa Rahel ka? teringin nak makan kuih Pukis ni, tak pernah nmpk pun area KK.

    BalasPadam
  19. Rahel itu kue pukis cantik kali..., gimana tekstur nya. Empuk dan moist gak. sayang gak punya cetakannya nih :)

    BalasPadam
  20. Salam Rahel.pernah juga beli kuih ni masa di Brunei dulu tp lupa nama kuih apa kat sana. mmg enak buat minum ptg....

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Rahel :D

    Pertama kali Kak Lin dengar dan lihat kuih ni...mcm mana erk rasanya?

    BalasPadam
  22. Rahel...QH pon xpenah kenal..xpenah tau...xpenah rasa pon kuih ni...mmg sgt jakun 1st time mlihatnye...nmpk mcm sedap tu...

    BalasPadam
  23. Mama nak tumpang tanya, kalau mama nak beli acuan kuih ni, mama boleh order dengan Rahel ke? tq

    BalasPadam
  24. nampak macam sedap je rahel, macam apam balik ke.....

    BalasPadam
  25. Asslm dimana bole beli acuan kuih ini..

    BalasPadam