Jumaat, 13 Julai 2012

Bun Kacang Hitam

Selamat bersiaran dan salam manis kepada kawan-kawan semua yang setia berkunjung ke dapur Rahel.Diharap kawan-kawan semua sihat dan selalu.Time untuk minum petang.




Bun Kacang Hitam
Sumber:Hidangan Roti/Puan Norzailina Nordin

Bahan:
300g tepung roti
30g tepung Hong Kong/tepung halus
40g gula halus
1 1/2 sudu teh yis segera
3 sudu makan susu tepung
1 sudu teh bread softener
1 biji telur gred C
140-150ml air
30g mentega
Garam secukup rasa (i letak 1/2 sudu teh garam halus)
Sedikit bijan-untuk hiasan

Inti Kacang Hitam secukupnya

Bahan glis:(disatukan & kacau rata)
1 biji kuning telur + 1 sudu makan susu segar

Cara;
1.Satukan kedua-dua jenis tepung,gula halus dan yis dalam mangkuk besar.Masukkan susu,bread softener dan garam.Gaul rata-rata.

2.Campurkan telur dan air.Uli adunan menjadi doh.

3.Bubuh mentega dan uli hingga menjadi doh yang licin dan kenyal.(i uli 20 minit je) Tutup dan biarkan kembang dua kali ganda di tempat hangat.

4.Uli semula ke saiz asal.Kemudian potong dan timbang 50g setiap satu.Bulatkan.Letakkan inti kacang hitam.Bulatkan kembali.

5.Biar hingga kembang.Sapu bahan glis.Bakar pada suhu 180'C selama 17-20 minit.

*Setelah bun kacang hitam masak,keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega ketika masih panas.


Terima kasih😍

16 ulasan:

  1. Wah! Pucuk dicita ulam mendatang... ibarat orang mewngantuk disorongkan bantal, apa lagi... sudah dijempuit makan sama...yah kak Amie sudah duduk bersila mengadap roti kacang hitamnya yang comel itu Rahel....

    BalasPadam
  2. Bundo dah duduk sama dengan amie ni... mmmm.. sedapnya.

    BalasPadam
  3. aduhaiiiii comelnya tngk bun kcng hitam ni...lapor lerrrrr..gebu yg amat dan inti yg padat mmng best sangattttt...

    BalasPadam
  4. salam Rahel,apa yg Rahel masak semua akak suka tau,mungkin citarasa kita sama kot sbb akak mmg fav kacang hitam,kalau beli kat kedai mesti nak cari yg kacang hitam,tapi anak2 mmg tak suka langsung kacang hitam,tulah akak malas nk buat sbb akak buat akak lah makan sorang,boleh lah bagi akak dua tiga biji tu nak rasa ok heeee

    BalasPadam
  5. alahai Rahel...comelnye roti2 tu sumer... cantik berkilat lak tu...

    BalasPadam
  6. kalau dapat buat sendiri memang puas hati sebab boleh letak inti banyak2.. geram tengok pau tu.

    BalasPadam
  7. Salam Rahel.elok berkilat bun kacang Rahel ni..inti kcgpun byk. suka roti inti kacang gini....

    BalasPadam
  8. Wah, tertarik melihat roti yg berkilat. Nak belajar buat bun lah pulak

    BalasPadam
  9. comel2nya...suka tengok permukaan bun yg kilat2 tu...

    BalasPadam
  10. Terima kasih kpd kawan2 yg sudi singgah selalu...sayang awak semuaa.....mmmuahh..

    BalasPadam
  11. sana sini roti....
    nasib baik mas pun lepas meroti gak..he3
    cantikk roti rahel tu..

    BalasPadam
  12. Tuk..tuk...tuan rumah, assalamualaikum.... Errrr...ada lg x bunnya? Cntik betul..gebu, berkilat je kulitnya.

    BalasPadam
  13. Salam Rahel,
    Akak join sekali ngan Amie dan Bundo pekena roti yang berkilat2 tu, tolong bancuh kopi secawan lagi ya....

    BalasPadam
  14. rindunyer nak meroti... dah lama juga BM tuh tido.. tuan tak sempat kejut. bior la dier sambung tdo lagi.. carik bijan dulu.. hihi

    BalasPadam
  15. salam rahel..apa2 yg rahel masak semuanya sedap..tergudaa btl dgn bun tue,nk join kak amie jgk la:)

    BalasPadam
  16. Terima kasih Rahel. Saya dah boleh baca blog rahel. Hari ni saya buat bun kacang hitam. Menjadi. Saya mengikuti resepi rahel sebab senang diikuti dan sememangnya sedap. Maklumlah umur dah setengah abad. Slow sikit. Terima kasih sekali lagi Rahel. Rosinah.

    BalasPadam