Sabtu, 21 Julai 2012

Biskut Samperit Kacang

Selamat pagi kepada semua dan selamat berpuasa.Rasanya ramai yang tengah sebok berkampung depan oven kan? Macam-macam resepi kena selongkar,resepi yang lama-lama pun muncul balik.Setiap orang sudah pastinya ada resepi turun temurun yang wajib dibuat untuk menyambut hari raya puasa.Kalau bab biskut samperit ini memang sudah tidak asing lagi.Ramai peminat biskut samperit ni.Ini kali ada kelainan sikit pada resepi,kena bubuh coklat atas biskut untuk kelainan.Sedap juga.



Biskut Samperit Kacang
Sumber:Rasa

Bahan:
360g tepung gandum
120g tepung jagung
325g mentega
150g gula aising
serbuk badam secukupnya (i letak 40g serbuk badam)
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Hiasan:
coklatmasakan hitam
badam nib-digoreng tanpa minyak/dibakar

Cara:
1.Satukan mentega,gula aising dan esen vanila di dalam mangkuk adunan.Pukul sehingga
   kembang.
2.Kemudian masukkan telur dan dipukul sebati.
3.Seterusnya masukkan tepung gandum,tepung jagung dan serbuk badam.Gaul sebati.
4.Setelah itu masukkan adunan ke dalam bag piping.
5.Paipkan adunan di atas dulang pembakar.Lakukan sehingga habis.
6.Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit.
7.Apabila sudah masak,sejukkan dan celupkan biskut dengan coklat cair tadi.
8.Akhir sekali,taburkan badam nib dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba..

16 ulasan:

  1. salam Rahel cayang wow ni dah tk nampak samprit cantik mcam biskut coklat ja mesti lain sikit ni kan rasanya ada kashang tu fav akak jugak niiiii

    BalasPadam
  2. Wahhhhh suka2 masuk rumah rahel sbb ada biskut raya....tak sbr nak raya...tak sbr nak raya....kuih semperit kegemaran sy ni, mesti lg sedap sbb de cekelat n kacang.

    BalasPadam
  3. wah! rahel dh start buat kuih raya dh...sy maybe ...main tunjuk je kot....

    BalasPadam
  4. salam rahel,slamat berpuasa yer..nampak sedapp itu kuihh laaa...h ehee ada kelainan nie..mesti best:)

    BalasPadam
  5. Slmt menyambut Ramadan dan slmt berpuasa Rahel.
    nampak menarik biskut sampperit kacang ni....

    BalasPadam
  6. selamat berpuasa rahel.. dah kuar biskut raya... nmpk sedapp..

    BalasPadam
  7. salam,
    mmmm.. sedapnya tgk biskut tu.. bau smpai ke rumah sy, hehe..

    BalasPadam
  8. Haa....ni la yg hubby akk suka. Akk tnya dia, nak tak semperit mcm ni? Dia angguk2, konpem la akk buat nnti.
    Selamat berpuasa Rahel:-)

    BalasPadam
  9. cepatnya dh buat sekut! takpe la...bagus jugak tu..dpt gak idea nk buat sekut nnti..thanks rahel

    BalasPadam
  10. Boleh buat untuk raya nanti.. Memang suka biskut ni..

    BalasPadam
  11. salam rahel yg cantik manis...
    rajin sungguhla rahel buat cookies.. akak suka mkn tp kurang rajin nak membuatnya.......... aduhhh... tolong buatkan utk akak boleh tak? heee...

    BalasPadam
  12. sedapnya rahel

    dtg petang2 ni bertambah lapar hehe, nanti boleh lah buat untuk raya

    BalasPadam
  13. amboi rahel..macam2 biskutnya...semua sedap2 belaka..naik kelabu asap kita duk nengoknya..hehehhe

    BalasPadam
  14. menci taw msk sini.. mcm2 biskut ada..Dh tergudaaa sgttttt ^^

    BalasPadam
  15. Mau yg ni...sukeeeeee sangat2..tolong..

    BalasPadam
  16. canteek lah samperit tu Rahel... wak gerremm nengoknyer...!

    BalasPadam