Sebut saja Almond London mesti kamu terbayang biskut yang disalut dengan coklat kemudian ada sebiji badam di tengahnya.Ini juga antara biskut paling laris setiap hari raya puasa,tapi biasanya budak-budak tidak berapa suka makan almond,budak-budak suka makan coklat sahaja.Apakata raya tahun ini kamu buat sendiri almond london ni sebab kalau beli memang boleh tahan juga harganya.
Almond London
Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama
200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound
Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.
Selamat mencuba.
Amboiii...rajinnya mengukis...
BalasPadamAS-SALAM RAHEL
BalasPadamRAJINNYE RAHEL DAH BUAT Cookie UNTUK HARI RAYA ...
sedapnya almond london
BalasPadamsuka sangat makan tapi tak penah rajin nak buat hehe, selalu beli pun tak sedap sebab dorang guna coklat murah kan
ingat nak try lah buat sendiri tahun ni
Assalam Rahel. akk pun suka guna resepi ini, memang sedap n menjadi, cantik kukis tu, rajin rahel, ini utk raya ke mkn2 je heheh
BalasPadamwahhhhh...rajinnya ngukissss...
BalasPadambanyak biskut dah tu...he3
memang biskut wajib almod london ni...
sedappnya tengokk..
wah! dah siap kukis untuk raya! nani belum buat apa2 pun lagi.
BalasPadamawk klau buat cookies mmg sya suka tgk...kemas n molek btul kejadiannye..
BalasPadamalmond london mmg tak pernah miss dalam menu hariraya akak Rahel budak2 ni suka snagat boleh try resepi rahel lagi nnt kemassssss je
BalasPadamwow, dah lama cari resipi almond london..ooo badamnya digoreng bukan dibakar, baru tahu..
BalasPadamAS'salam Rahel
BalasPadamdah bederet2 dah kukis dia ni ya. Kalau ada lebih2 tu tolonglah masuk dalam bekas pos kat k.ct ni ya hehehe
sedap2 kukis yang Rael buat ni :)
salam rahel..dh byk sample kuih raya nie..waduhhh klu dekat mmg nk oder..nk rasa masakan rahel la:)..semuanya nampak perfct.suka tgok.
BalasPadamrahel..kuih kegemaran anak2 acik ni
BalasPadamwahh best ni...my fav Almond London ni..nanti nak cuba buatla..tq Rahel:)
BalasPadamSalam pren aka kak rahel, hehe...aduh sedapnya, masih larat buat lagi ka???saya mo rehat sdh ni,hehe...
BalasPadamwah banyak kuih raya Rahel... kalau FnF kuih raya ni memang feveret makan lepas berbuka... time raya dah tak pandang dah...haish... kalau dapat almond london ni sure tak sempat raya dah habis...ngeee
BalasPadammmg nak buat sendiri je almond london tahun ni. InsyaAllah boleh gunakan resipi you ni.
BalasPadamweee..almond london! peberet bdk2 rmh ni, bila buat slalu x sempat posing atas meja di hari raya, coz dh dikerjakan dek bdk & bpak bdk skali..aduss..
BalasPadamsalam aidilfitri dari muscat, oman
BalasPadamdah terlioq2 da nee..kukis semua nampak sedappp!!!
BalasPadam