Selamat pagi dan salam manis kepada semua.Diharap kawan-kawan semua sihat dan ceria selalu.Pagi-pagi lagi udah tayang biskut raya.Sebenarnya semua jenis biskut yang Rahel dah tayang dan belum tayang tu untuk contoh..nak bagi kawan-kawan yang di Tawau try,jadi bolehlah diorang pilih yang mana berkenan,jadi senang kerja gue..tapi kan Rahel mohon maaf kepada kawan-kawan yang berada di kawasan semenanjung kerana semenjak Rahel promot biskut di facebook ada beberapa orang yang nak tempah tapi Rahel tak dapat penuhi permintaan diorang..kalau nak pos biskut ni lagi mahal harga pos dari biskut kan..so sekarang hanya kawan-kawan yang di sabah (kawasan Tawau dan yang sewaktu dengannya) yang dapat merasa biskut buatan Rahel..terima kasih kepada yang sudi menempah biskut untuk raya 2012..kalau rajin boleh la try resepi ni kat rumah ye..
Biskut Bola Kacang Bersalut Coklat
Sumber:Buku Resepi
Bahan:
275g mentega
80g mentega kacang
185g gula perang
5g serbuk soda
365g tepung gandum
20g kacang tanah-dikisar kasar
1 biji telur
200g coklat hitam
Kacang tanah/badam cincang utk tabur
Kacang tanah/badam cincang utk tabur
Cara membuat:
1.Pukul mentega kacang dan gula perang hingga menjadi seperti krim.
2.Masukkan telur dan pukul perlahan-lahan,diikuti dengan tepung gandum,soda dan
kacang tanah yang telah dibakar terlebih dahulu dan kisar.
3.Bentuk adunan bulat-bulat kecil dan susun di atas loyang pembakar.
4.Bakar adunan yang telah dibentuk dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit.
5.Aturkan biskut ke dalam mangkuk kertas dan tuangkan coklat hitam yang telah dicairkan
ke atas biskut.
6.Tabur sedikit kacang di atasnya.
6.Tabur sedikit kacang di atasnya.
Selamat mencuba.
as-salam Rahel
BalasPadamdah buat biskut raya ke rahel..npk pon dah tahu sedap biskut bola kacang tu..
suka biskut kalau ada kacang + pulak geng dgn coklat...ermmm...mmg jangan bagi sebalang...sure licin.
BalasPadamsalam rahel
BalasPadamwah sedapnya, hihi terasa nak raya je kan bila tgk biskut raya ni semua, saya dahlah mmg suka biskut ada kacang2 ni tapi malas nak buat hehe
Selamat hari raya Rahel...puasa cukup tak? hihi..
BalasPadamterasa sudah bahang puasa,..telan air kejap tgk biskut ni..sedapnya...nak buat time ni malass, nak yg org bagi..(ngade2..hehe)
BalasPadamkalau cookies yang ada choc, ada kacang, memang sentiasa menjadi pilihan...rangup dan sedap!!!
BalasPadamamboiiii awal2 lg dh kuar biskut raya dr blog ni...xpe2 suka...ade gak idea nk buat biskut ape nti...tq Rahel..
BalasPadamtengok bahan pun dah tau biskut ni sedap rahel...:)
BalasPadamlupa lak nak tanya..mentega kacang tu peanut butter ek?
BalasPadamQuinnie...
BalasPadambetul la tu..mentega kacang/peanut butter..