Salam manis dan selamat berhujung minggu.Semoga ceria selalu.
Cuaca panas macam ni memang sesuai sangat kalau ada hidangan yang dingin..boleh menyegarkan tekak.Tapi bab Tiramisu ni memang tidak terlalu dingin..ianya sedang-sedang sahaja..jadi sesuai dinikmati oleh semua lapisan masyarakat..kepada yang tak minat dengan Tiramisu tu kena buat dessert yang lain pulak..pandai-pandailah cari resepi sebab kali ni Rahel nak share je resepi Tiramisu yang sememangnya sangat mudah disediakan..jom layan Tiramisu skejap...
Tiramisu
Resepi by:Rahel
Bahan:
Biskut tiramisu secukupnya-dipotong pendek (dipotong empat)
250g keju krim
60g gula kastor
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh jus lemon
150g non-dairy whipping cream-diputar hingga gebu (soft peak)
1 biji telur-pisahkan kuning dan putihnya
Sirap Kopi:(dibancuh)
1 cawan air panas
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar kopi segera Nescafe
Cara membuat:
1.Keju krim dan gula kastor diputar hingga licin.Tambahkan susu pekat dan jus lemon.
Putar lagi hingga rata.
2.Tambahkan kuning telur.Putar hingga licin.
3.Putar putih telur hingga kembang dan gebu (soft peak)
4.Masukkan meringue ke dalam adunan keju krim.Gaul rata.
5.Masukkan pula whipping cream yang sudah diputar tadi ke dalam adunan keju krim.
Gaul rata.Masukkan dalam piping bag.
6.Paipkan sedikit adunan keju ke dalam gelas.Celup biskut ke dalam sirap kopi dan susun
di atas keju krim tadi (buat seperti ini sebanyak 2x).Akhir sekali di atasnya ialah adunan
keju krim.Buat sampai selesai.
7.Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.Jika hendak dihidang ayakkan serbuk koko di atasnya.
*Untuk membuat Tiramisu,telur yang digunakan dalam keadaan yang mentah,jadi pastikan
telur yang digunakan adalah telur yang segar.
*Tiramisu yang dibuat dalam cawan tidak perlu gelatin.
*Jika tiada non-dairy whipping cream boleh digantikan dengan dairy whipping cream akan
tetapi hendaklah ditambahkan sukatan gula kastor di dalam adunan keju krim.
*Jika tiada non-dairy whipping cream boleh digantikan dengan dairy whipping cream akan
tetapi hendaklah ditambahkan sukatan gula kastor di dalam adunan keju krim.
Selamat menikmati Tiramisu.
salam rahel..
BalasPadamnak segelas boleh..hihi sedap nih
Atie..bole aje..cepat2 mari sini..
BalasPadamnampak sedappp sgttt
BalasPadamterpukauuuuu..bling3x..
BalasPadamAslmkum Rahel.
BalasPadamMemang sedap mkn sejuk2 time cuaca panas ni. Mkn pulak sambil tgk tb, kompem x sedar dah mkn byk. :)
salam kak rahel, wah banyak sedap itu tiramisu, kasi tinggal sikit ya : )
BalasPadamSalam Rahel.....almaklum lah time cuti cuti nie dapur pun kurang berasap. Hihi hari nie nampak dapur rahel dengan hidangan dingin arhhh lega tekak juga jika dapat sepotong. Saya suka makan gini.
BalasPadamsgt suka tiramisu... buatnyer pon senang.. cuma rajen tak rajen jer.. ishhhh tetiba teringin... kek askar sapo nak abeskan?? huh!
BalasPadamsuka sangat tiramisu ..tapi takut sangat tak leh berenti makan...hancus diet kita
BalasPadamSalam Rahel...wah...tiramisu in the glass....tak tertahan nengok...izin salin resepi nooo...
BalasPadamsalam kenal rahel..nampak sungguh sedap la tiramisu tu..minta izin jenguk2 resepi & menu yg ada ya.. :)
BalasPadamsalam rahel
BalasPadamni yg sangat marah ni, mengoda jiwa betullah tiramisu tu
Sltm berhujung minggu Rahel.kalau tiramisu mmg desert yg sedap... tip..top....semua suka.kalau buat kat rumah mmg anak2 berebut mkn....
BalasPadamsalam Rahel, lepas ber skype baru dpt jenguk blog rahel terliur tengok tiramisu ni alangkah sedapnya kalau dpt makan secawan tu hahaa nk try lah suatu hari yg rajin
BalasPadamhuhu sedapnyerrr baru nak buat tapi xbuat2.....
BalasPadamrindu juga ngan tiramisu, nti nak buat lg klu ada lowongan..slurrppp
BalasPadamini antara menu senang yg belom lagi nani buat. menarik!
BalasPadamAs'Kum Rahel waduhh cantik bangat dongs!! enak sekali.. dua kali tengok terus ambil segelas.. beritahu awal2 ni yaa.. :))
BalasPadamHi Rahel, hru doing??? Came to tapau both tiramisu cake and dessert...haha! Tergoda I!!! :)
BalasPadamSalam Rahel.. Nyamannyaaaaa.... hehehe biskut lady finger ada je kat umah. bila nak buat pon tak tau lerr....
BalasPadamkita tak pernah buat tiramisu..makan pun sama...teringin nya nak rasa..:)
BalasPadamalahai..cantiknya tiramisu..rasa baru je lagi tengok kek tiramisu..ni dah ada versi cawan plak..sejuk dan nyaman rasa..walaupun cuma tengok dari jauh..kak, apa nama buah kaler oren tu?dah biasa tengok...tapi tak tau namanya..
BalasPadamTerima kasih kepada semua yang setia melawat dapur Rahel..kerana tak lokek tinggalkan komen manis..cayang kamu semua..
BalasPadamTo dapur Cik Wan..
buah yang kaler oren tu nama dia ''Cerry Alkekengi''..hehe
As'salam Rahel
BalasPadammemang sesuaiiii sangat2, ditambah cuaca yang panas satu rasa macam lah kalau kat rmah ni, berpeluh mengelengas satu badan jawabnya hehehe
Tapi bila tengok tiramisu ni buat hati berbunga juga nak cuba buat tapi entah bilalah nak kesampaian hehehe
salam rahel
BalasPadambagi zila rasa secawan..x pernah cuba buat lg tau..waaa kecurrr amat nie.:P
Assalam Rahel...waaaahhh x tahan, x tahan...kalau akak nak ni mesti dah habis kan....huhuuuu...cuci mata je la nampaknya....mengencesss betuii ^__^
BalasPadamYummy nyer ...
BalasPadamSaya dah cuba recipe ini. Memang mudah dan sedap sekali. Sekarang dah jadi kegemaran keluarga. Terima kasih Rahel.
BalasPadamKak Intan.