Jumaat, 1 Jun 2012

Kek Tiramisu

Selamat pagi kepada kawan-kawan semua..apa khabar? Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria.Semenjak dua menjak ni blog slow sikit..tuan tanah banyak sebok..jadi ampun maaf dipinta sebab tak sempat terjah dapur kawan semua..dan terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan memberi komen yang manis..gue sangat menghargainya.Untuk tanda penghargaan..gue buat satu Kek Tiramisu pulak..jom cuci mata.




Kek Span Kopi

Bahan:
140g gula kastor
15g ovalette
5 biji telur
125g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik} diayak (A)
70g minyak masak
40g air
1 sudu teh emulco kopi} disatukan
1 sudu teh serbuk nescafe} (B)

Cara:

1.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur dan bahan (A).Pukul kelajuan perlahan selama 2 minit dan tukar kelajuan tinggi selama 5 minit hingga kembang dan gebu.

2.Perlahankan kelajuan dan tuang campuran (B).Pukul lagi kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan gebu.

3.Tuangkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati.

4.Sediakan loyang 8'' yang dilapik dengan kertas pembakar.Tuangkan adunan ke dalam loyang.

5.Bakar selama 45 minit pada suhu 180'C.Setelah masak,keluarkan kek dari oven dan terlangkupkan selama 5 minit.Terbalikkan semula dan biarkan sejuk.



Kek Tiramisu
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
1 biji kek span kopi 8 inci
250g krim keju
120g gula kastor
150g yogurt perisa asli
200g krim putar tenusu (dairy whipping cream)

20g gelatin halal} dilarut dan disejukkan
80ml air mendidih}

Sedikit serbuk koko

Bahan sirap kopi disatukan:
1 sudu makan kopi segera nescafe
Sedikit pes kopi
3 sudu makan gula pasir
1/4 cawan air panas


Cara membuat:
1.Belah kek span kopi pada dua lapisan.Potong bahagian atasnya.(Rahel belah kek span kopi pada 3 lapisan)

2.Krim putar dipukul hingga kembang.Simpan dalam peti sejuk.

3.Krim keju dipotong kecil-kecil.Masukkan ke dalam periuk.Campurkan gula kastor.Panaskan atas api yang kecil hingga cair.Masukkan yogurt.Kacau rata dan angkat dari api.Sejukkan.

4.Campurkan gelatin ke dalam adunan krim keju bersama krim putar tadi.Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk selama 10 minit agar ia pekat sedikit.

5.Ambil selapis kek span dan letakkan ke dalam acuan bulat berukuran 8'' yang boleh ditanggalkan bawahnya.Renjiskan sirap kopi atas kek supaya ia lembap.Kemudian tuangkan 1/2 dari adunan krim keju atas kek ini.Ratakan krim di tepi kek.

6.Letakkan lapisan kedua dan renjiskan air kopi atas lapisan ini.Tuang lebihan krim keju atas kek hingga menutupi bahagian tepi kek.Hentakkan 2-3 kali atas meja agar krim keju sampai ke bawah.Taburkan serbuk koko dengan menggunakan penapis kopi.

7.Sejukkan dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum dihidang.

*Rahel hanya menggunakan 10g gelatin untuk adunan krim keju.

*Rahel gantikan krim putar tenusu dengan krim putar bukan tenusu.

*Untuk adunan krim keju Rahel tambahkan sebab Rahel buat kek 3 lapis.

*Untuk gelatin pulak,Rahel hanya rendam dengan air minum biasa dan biarkan kembang,kemudian panaskan dg cara double boil hingga larut.


Selamat menikmati Kek Tiramisu.

21 ulasan:

  1. Pagi rahel,
    sudah kak Amie cuci mata di sini... hu hu huu meleleh air mataku sepanjang jalan balik ke Lahad datu tak dapat bawa sekali kek tiramisu yang lazat itu!

    BalasPadam
  2. Wah kek tiramisu....
    Ada x lagi nie rahel? Diana nak sepotong nie... Mmg suka sgt makan kek tiramisu... Sedaap....

    BalasPadam
  3. Aduh...sedapnya kek Tiramisu ni, kalau dapat makan sepotong tak cukup....nak berpotong²

    BalasPadam
  4. wow ! sedap nmpk.... bole cuba nie...

    BalasPadam
  5. salam rahel

    sedapnya, tak penah lg buat tiramisu mcm ni, nanti boleh lah try

    BalasPadam
  6. aduh rahel... tak boleh lama2 kat sini.. kecur dibuatnya...

    BalasPadam
  7. Rahel.. aduhai.. Kak Ani jenguk je hari ni ada kek yang ini yang buat Kak Ani lapar tak leh tahan nih.. keep it up Rahel.. cuci mata pun tak pa.. ;)

    BalasPadam
  8. aduhhh Rahel...npe la nmpk sedap sgt kek tiramisu tu...jelesnye tgk...sje buat org geram aje tau...hihi

    BalasPadam
  9. salam rahel. sedapnya tiramisu! dh lama betul tun x makan. nmpk cantik je slice tu.

    BalasPadam
  10. salam Rahel adoiiiiiiiii cantiknya tiramisu jatuh cinta sesangattt ni dan jeles lah pada Rahel yg sangat pandai segalanya akak nk copy jugak resepi tunggu turn nak buat ya...

    BalasPadam
  11. Aslmkum.
    Wah!!!..Kek tiramisu.. Tetiba tekak ni nak makan kek tiramisu juga..Hehehee

    BalasPadam
  12. salam...wah... kek lagi,Memang tergoda nengok kekmu...mintak cikit leh...

    BalasPadam
  13. salam...

    wah wah wah... cantek dan menggiurkan. errrmmmm en suami nik pon dah lama request. hehe... sebab dok nak buat kek2 yg tak pernah nik buat akhirnya tak buat2 jugak tiramisu ni.

    BalasPadam
  14. Assalam Rahel.. sedapnyer nampakkk.. ishhh.. ngences gue ni.. :P

    BalasPadam
  15. wahhh nampak sedap sesangat bila turn zila nk cuba nie..:)

    BalasPadam
  16. Salam Rahel.sedapnya tengok tiramisu yg Rahel tayang ni.potonganpun kekpun nampak cantik...terliur sudah nengoknya...

    BalasPadam
  17. waaa..tiramisu kegemaran ku tp xpnh bt sndiri..tringin jer nk mkn trus p SR yg berdekatan hihii..

    BalasPadam
  18. memang cantik la kek2 yg rahel buat...kalau duk dekat leh ngendeng...hehehhe

    BalasPadam
  19. Rahel, krim putar tenusu tu boleh kembang ke kalau diputar. Sebab akak buat tak kembang2..remain cair jer. Camna yer?..geletin tu di campur dengan air panas tu ker untuk dicairkan? salam perkenalan. tq

    BalasPadam