Ahad, 13 Mei 2012

Kek Span Vanila

Selamat malam semua dan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang tercinta dan tersayang.


Kek Span Vanila
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air
 60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.

2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.

3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.

4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.

5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.

6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.


Rahel mohon maaf kerana tak dapat terjah dapur kawan-kawan semua..line kat sini tersangat la slow..letak entry kek span vanila pun dah terkial-kial depan laptop.Selamat mencuba.

23 ulasan:

  1. cantik kek Rahel...mmm Rahel kalau masak apa pun cantik..macam orangnya jugak..ha..ha..ha..

    BalasPadam
  2. Rahel...nampak gebu kek nie

    BalasPadam
  3. Nampak cantik n gebusss je kek span vanilla tu rahel

    BalasPadam
  4. gebam gebu..cicah ngan kopi pun sedap juga tau..

    BalasPadam
  5. alahai nampak gebussss, mesti sedap ni

    BalasPadam
  6. cantik betul keknya...klu tambah bluebery nie musti sedap...

    BalasPadam
  7. mmg gebu betul nampak kek akak nih.. sure xsedar mkn byk2 slice kan.

    BalasPadam
  8. cantik sgt kek nya rahel.. yg biasa akak buat sedikit mendap..

    BalasPadam
  9. Cantik kek span rahel....elok naik sama rata dan gebus.akak buat beberapa kali asyik kecut je bila keluar oven, tengok resepi Rahel ni lepas keluar oven terus telengkupkan agar tak mendap..tips berguna ni.
    kek black forest kat bawah tu...yummm...sedapnya

    BalasPadam
  10. gebunya kek rahel..nak tny tepung kek tue guna tepung apa?

    BalasPadam
  11. @lfidah,tepung kek khas utk buat kek la..i guna brand nona je..tq.

    BalasPadam
  12. rahel..dtg sini nk salin resepi ..he hehe nampak gebuuu sgt2..jatuh cinta tgok:)

    BalasPadam
  13. dah try resepi ni..suami suke dan puji..dia kate sedap..tp sy gune tepung gandum je

    BalasPadam
  14. Nk tnye boleh? Tepung kek & tepung gandum sama ke? Maaf sye baru belajar nk buat kek. :)

    BalasPadam
  15. Slm rahel... Knp dkt nk hbs masa 45min tu kek jd kecut? Xsmpt nk telekupkn..huhu

    BalasPadam
  16. Wsalam Fiza...
    Adunan tak cukup kembang....

    BalasPadam
  17. salam,,,,guna tepung naik sendri boleh ker

    BalasPadam
  18. Nel...mungkin boleh guna tpg naik sendiri,tp kena abaikan baking powder tu.

    BalasPadam
  19. Cantiknya kek!!



    Setelah lama praktis, barulah saya berjaya buat kek cantik. huhuhu (lama betul tau) anyway rahel pakai oven ape ya?


    Harga Set Bersalin Shaklee


    DapurIbuCergas

    BalasPadam
  20. Farha Ibu Cergas...
    Tahniah kerana telah berjaya buat kek span...sy guna oven biasa saja macam Faber n Milux.Tq

    BalasPadam