Selamat petang semua..dah siap minum petang k? Petang ni Rahel tak buat apa-apa yang berkenaan dengan kuih-muih atau pun kek,sebab kek carrot yang semalam tu pun ada lagi,jadi itu aje yang akan di hidang untuk minum petang.Hem..kali ni Rahel nak share lagi satu resepi Kari Ayam Kering yang sememangnya dicedok lagi dari buku resepi RASA MALAYSIA yang memuatkan lebih darpada 200 resepi asli jadi kebanyakan bahan-bahan menggunakan bahan yang segar dan sememangnya enak sekali.
Tapi kan,gue mau tanya kepada geng blogger masakan atau yang pakar bab masakan kari ni terutamanya yang berasal dari negeri Selangor sebab menurut dalam buku resepi..Kari Ayam Kering ni adalah resepi asli dari negeri Selangor.Macam mana rupa Kari Ayam Kering tu? hahaha..soalan apa ini.Sebenarnya Rahel baru pertama kali masak kari ayam kering ni dan dalam buku resepi tu memang kebetulan tiada gambarnya,jadinya gue tak tau macam mana rupanya setelah dimasak.Adakah seperti yang dalam gambar di atas/di bawah ni? Sila beri tunjuk ajar yer..hehehe..
Baeklah,jangan lupa jawab pertanyaan gue tu nanti,kita teruskan pulak pada resepi Kari Ayam Kering.
KARI AYAM KERING
Sumber:Buku Resepi Rasa Malaysia (Betty Saw)
Bahan-bahan:
1 ekor,kira-kira 1 kg ayam
2 sudu teh garam
100ml minyak masak
250ml santan daripada 1 biji kelapa parut
Jus lemon dari 1 biji lemon
Bahan-bahan kisar:
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering,direndam
15 ulas bawang merah,dikupas
8 ulas bawang putih,dikupas
2.5 cm kunyit,dikupas
Cara:
1.Potong ayam kecil-kecil dan perasakan dengan bahan-bahan yang dikisar dan garam.Perapkan selama 3 jam.
2.Panaskan minyak masak didalam kuali dan goreng ayam yang diperasakan sehingga perang.
3.Campurkan pati santan dan renihkan di atas api kecil sambil dikacau sekali-sekala sehingga ayam empuk dan kuah pekat.
4.Sebelum diangkat,bubuh jus lemon.
*Rahel campurkan sedikit bahan perapan dan kunyit ke dalam santan.
kak rahel...sedapnya kari mcm ni...kuah pekat2 gitu..
BalasPadamas-salam Rahel
BalasPadamwah sedapnya kari ayam..sedap ni Rahel mkn dgn roti perancis..
Malam Rahel,
BalasPadamgue asal Selangor, lahir & membesar dan sekolah di Selangor, memang anak Selangor, aktif dalam Persatuan Mahasiswa Selangor... he he heh pengenalan diri untuk menguatkan asal usul, tapi baru pertama kali ini mendengar Kari Ayam Kering. Agaknya gue sendiri tidak tahu /peka adanya resepi itu maklumlah dah kahwin dan tinggalkan kampung baru mula masak-masak! Gue berkenan dengan bukub resepi itu, di mana lu dapat Rahel. Kasi tau gue.... boleh?
uishhhh Rahel...sedap beno QH tgk lauk kari ayam kering tu....tliur kecur semua ade la...rasa mcm nk g umah Rahel aje skrg ni...mkn sesama...hihihi
BalasPadamSalam kenal daripada kak rus...sedap-sedap belaka hidangan di rumah Rahel....Kari Ayam Kering sungguh memikat selera.
BalasPadamRahel... wahh nampak sedap! kuahnya yang pekat tu.. peh! meleleh ni laaa...
BalasPadamI like....makan dengan nasi panas mesti sedap...: )
BalasPadamselamat malam Rahel..dah terlelap mata akak ni tadi..5 minit ada jugalah..ngantuk sesangat..
BalasPadamAlkisahnya akak ni pun lahir, membesar, berskolah,bekerja (tu dulu),berkahwin dan bersuamikan org selangor,(wallah...nyampah org baca nih!! hihi,) so..akak n bonda akak mmg slalu sesangat buat kari kering, tetapi bg kami maksud "kering' tu ialah kari yg tak bubuh santan langsung..tetappekat n enak n lazat n n n n...tp maybe ada makne lain bg org lain kot..apapun, sedap je mata memandang karimu itu..pasti juga sedap di rasa..
Makan ngan nasi panas2 sedap ni.....
BalasPadamuishh rahel sedap banget tu .. kari pekat3 gituw .. membangkitkan selera makan... kito ore kelate je.. hihi ... tak tahu la pulak kari selangor tu mcm mana
BalasPadamSalam kak! sedap kalau gandingkan dgn nasi himpit ni kan sbb kuahnyer pekat, kita jakun lagilah dgn kari2 mcm ni hihihi...
BalasPadamAssalam Rahel, adeeeii apasai pagi2 ni akak tertengok kari ayam kering Rahel nih...dah la ngencess kita taauu... ^__^
BalasPadam