Selamat malam semua..santai aje malam ni duduk depan laptop sambil menikmati kek yang sodap...tapi sowi...pic tak seberapa cerah sebab dah malam baru ambik pic..walaupun keknya dah siap awal tengah hari tadi...tapi petang baru dimakeup lepas makeup terus potong bab tu la tak kemas sangat...tak sabar nak rasa la tu..sepatutnya kek diletak dalam peti sejuk selama 2-3 jam baru dipotong agar kemas.
Kek coklat lapis keju ni sebenarnya dah lama jugak kawan-kawan asyik tayang kat blog dan Fb,tapi baru kali ni jer Rahel berkesempatan nak try kek ni dan hasilnya memang sangat memuaskan.Ohya,resepi asalnya menggunakan adunan brownies kukus tapi yang ni Rahel buat menggunakan kek coklat resepi DJ,so senang jer kerja..dan lapisan kejunya pulak Rahel letak sikit blueberry filling & jus lemon biar tambah enak gitu...
Oklah,sambil cerita bab keenakan kek coklat lapis keju ni..resepinya jugak tak ketinggalan..pada yang belum pernah mencuba kek yang satu ni..memang wajip gak mencubanya..dan jom taip pulak resepinya...
Super Moist Eggless Chocolate Cake Lapis Keju
Bahan:
1 adunan Chocolate Cake di sini
loyang 7" griskan dan alas dengan baking paper
Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)
Cara:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat,tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.
pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.
Bahan Untuk Topping:
1 1/2 cawan fresh cream
sedikit gula manik
sedikit ceri marachino
Cara:
1.Pukul fresh cream sehingga kaku (bertanduk).
2.Sapukan pada seluruh bahagian permukaan kek,bentuk ikut kreativiti masing2.
3.Hias dengan ceri dan gula manik.
pesan:
*mohon maaf kerana tak dapat tunjuk step by step cara makeup kek.
Selamat mencuba...kalau ada yang kurang dimengerti,silahkan bertanya..ok?.
he..he..he.. ucu datang awal..minta maaf ye rahel ucu dah sapu habis ni..nyum..nyum...
BalasPadamhehe..Ucu...takpe2...ambik semua (kek jangan diambil dong..)..
BalasPadamwaduh rahel..mmg kempunan giler akak tgk kek rahel nih..baik lariiiiiiiiiiikkk!!
BalasPadamwah..siap lapis cheese tu...
BalasPadamkena cuba ni..hehe
as-salam rahel
BalasPadamAwww, too delish looking..
rahel..cantik kek rahe..mesti sedap..acik boleh buat kek..tapi langsung tak seni nak hias2 kek tu.
BalasPadamInahar..jangan la lariii..tengok betul2 kek ni..hihi..
BalasPadamSally...ni kek paling senang dan sedap..rugi klu tak cuba..
wsalam Ady...thanks...sedap,lemak berkrim..
Thanks Acik Erna..semestinya sedap..di tambah dg krim lg la sedap..
Selamat pagi Rahel,
BalasPadamtunggulah makan sama dengan Kak Amie... ni termengah2 ambil nafas sebab penat bergayut kat ekor MAS Wing dari Lahad Datu ni...hi hi hiiii
as'salam Rahel
BalasPadamWahhh... lap jap air liur sambil gosok2 mata ni. serius cantik ni Rahel. Kalau ada masa mahu juga coba bikin. Tapi sekarang enggak bole sebab baru semalam makan kek tunggu senang2 nanti. Creamcheese nya juga belum dibeli ni..hehehe
wow..brilliant idea ni rahel..boleh buat gaya gini nanti..:)
BalasPadamRahel...cantik deco2 kek tuh..wpun simple but nice...geram tgk ceri tuh... cheese ada dlm esbok...adeeei, nak kena melemakkan bdn lgk kee... ^__^
BalasPadamselamat ptg Kak Amie..hehe dah ptg kan..
BalasPadamalamak!! apsal tergayut kat ekor MAS Wing pulak..diorg tak bagi duduk kat sofa empuk k?..hehe..
Wsalam Kak CT...ok bah..pelan2 saja..
thanks Kak Anymz..deconya simple jer ni..hehe..
Thanks Kak Ummi..skali skala makan cheese takkan bertimbun lemak kat pinggang..hihi..
memang terbaik la kek ni gabungan coklat dgn cheese tu...deco simple dan cantik dan semestinya sedap kan:)
BalasPadamTq Nieza..
BalasPadamkek coklat moist+keju krim=mantap n sedap hingga menjilat sudu..hehe..
canteknya...
BalasPadamthanks Lidasarrah...
BalasPadammmmm...kek nih duk atas dapur lg ni, wat utk besday anak2:)
BalasPadamwah bestnya..dapat kek coklat lapis keju..boleh tumpang sekaki?..hehe..rajinnya Atie @ ejay buat kek..
BalasPadamsedap sangat kek ini saya baru cuba terima kasih kerana berkongsi resepi
BalasPadamSama2 Juwita Jamaludin...Rahel pun suka kek ni...
BalasPadamFresh cream jenama yg selalu puan guna.
BalasPadamjenama Rich.
BalasPadamsalam...rahel..nak tanya kalo nak bakar bleh X?
BalasPadam