Ahad, 11 Disember 2011

Pau Inti Kelapa

Salam kepada yang singgah ke dapur Rahel  petang ini.Apa khabar semua? dah siap minum petang? Petang ni lepak skejap dalam blog sambil tanya-tanya khabar korang semua dan tak lupa jugak untuk menambah koleksi resepi pau menggunakan resepi Chef Norzailina.Dah lama sebenarnya plan mahu buat pau yang satu ni tapi banyak sangat resepi pau yang dijumpa di google so ada pening sikit memilih resepi.







Walaupun banyak resepi pau di google tapi bahan-bahan asasnya hampir sama ja semua.Dalam resepi ni guna tepung pau tapi daku guna tepung gandum biasa ja dan hasilnya pau tetap gebu dan lembut.Saya ada tambahkan juga pandan paste dalam doh supaya wangi dan ada kaler hijau.Selamat mencuba.









PAU INTI KELAPA
Resepi:Chef Norzailina

Bahan:(24pcs pau,berat doh 37gram)
500g tepung pau~saya guna tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar yis segera
100g gula kastor
240ml air
3 sudu besar lemak sayuran
1 sudu teh D.A Baking Powder

Inti Kelapa Gula Merah (pilihan),timbang 14g

Cara:

1.Satukan tepung,D.A Baking Powder,garam,gula dan yis.Gaul rata.

2.Tuangkan air,uli sehingga sebati.Tambahkan lemak sayuran.Uli lagi sehingga tidak melekat di tangan lebih kurang 7 minit.

3.Rehatkan doh sehingga naik 2x ganda selama 1 jam.(tutup doh)

4.Setelah doh naik 2x ganda,tekan2 doh untuk membuang udara.Bahagikan doh kepada 24 bahagian.(berat doh 37gram) kemudian bulat2kan doh.Rehatkan doh lebih kurang 15 minit.

5.Ambil satu doh,leperkan dan bubuh inti,kelim doh dengan kemas.Susun dalam tray (lapik doh dg kertas or daun pisang) Rehatkan doh selama 20 minit.

6.Panaskan air dalam kukusan.Kukus pau selama 10 minit guna api sederhana.(balut tudung pengukus)

Pesan:

*Rahel letak 1/2 sudu besar pandan paste dalam air untuk dapatkan doh warna hijau.

*Rahel guna inti kelapa gula merah.




Selamat mencuba.

15 ulasan:

  1. Rahel..belum pernah buat buat pau versi gulung ni..
    pau rahel berwarna..acik tak berani nak warna warnikan pau takut tepung nya tak naik..

    BalasPadam
  2. wah pau kaler hijau.....cantik
    akak suke pau berinti kelapa ni sedapppp kan..

    BalasPadam
  3. salam rahel...yg versi gulung tu kena kukus jugak ke?liza xpernah buat tp mmg nmpak menarik...ingat nak cuba buat jugak...

    BalasPadam
  4. camne buat yg gulung tu sis? cuba bgi stepnya boleh...??

    BalasPadam
  5. Acik Erna..ok jer klu letak pewarna..janji uli doh tu hingga kalis...mesti naik gebu jee..cuba la..


    Thanks Mama Sara Nur..Rahel suka pau inti kelapa n gula merah..sedap..


    wsalam Liza...iyo..kena kukus jer dalam 10 minit gitu...


    Asyifa..lepas doh kembang 2x ganda,uli sekejap pastu canai nipis doh tu..agak2 tebal 1 cm la gitu..klu bole canai bentuk segiempat..dan letak dalam dulang segiempat,kemudian kukus 10 minit.setelah pau masak,angkat dan sapu dg nutella atau apa2 je inti kegemaran..pastu gulung pau dan potong la..siap.(maaf,tak dapat nak tunjuk gambar step by step).

    BalasPadam
  6. Assalam Rahel,
    cantik pau inti kelapa tu... Kak Amie kena belajar buat jugak laaa... sebab asyik beli pau segera, hari tu belajar dengan kawan, tapi nak buat takut tak jadi.

    BalasPadam
  7. Salam Rahel,first time saya tgk pau gulung ni.Elok aje dipandang mata.

    BalasPadam
  8. wsalam Kak Amie..
    da cuba baru tau..betapa senang dan sedap air tangan sendiri..


    Wsalam Rohah..
    hehe..yang bab gulung2 pau tu memang pertama kali gak Rahel buat..terpulang pada keadaan..

    BalasPadam
  9. As'salam rahel

    Dah balik dari berdating ya..hehehe. Cantknya pau tu Rahel, hijau sekejap mata hitam ku..hehehe. k.ct ni lama juga tak buat sebab takut tak menjadi. Parnah dulu2 buat tak tahu mana silapnya pau tu tak naik terus malas dah nak buat. rasanya salah baca resipi atau memang tepung tu dah lama agaknya.macam alasan kan..hahaha

    Nanti nak cuba juga resipi dari chef norz ni lah, tr kasih Rahel :)

    BalasPadam
  10. Assalam rahel., menarik pau gulung tu, byk idea rahel ni

    BalasPadam
  11. as-salam rahel
    warna yg cantik hijau tu..menarik pau gulung tu rahel..mesti sedap ada coklat nutella kan rahel..?

    BalasPadam
  12. wahhhhhhh.. cantek nye pau... nak wat gak lah.. tapi tak tau bila.. hihih..; nak simpan siap2 resepi ni ye rahel.. mintak kebenaran dulu.. tapi bagi ke tak, tetap nak ambik gak.. hehehe..

    isyyyy jeles nya tengok skali lagi lah..

    BalasPadam
  13. jalan-jalan malam jap .. bila tengok pau hijau ni mata dah cerah balik hihi... sedapnya pau mintak sebijik kalau ada lagi ... ;p

    BalasPadam
  14. Wsalam Kak CT...hehehe..kejap jer keluar bdating..pastu balek bikin pau pulak...
    jangan takut buat pau kak,senang jer ni..lagi2 ikut resepi Chef Nozailina...lagila mantap..


    Wsalam EmbunRosaliza..skali skala mencuba yg versi gulong...menarik juga..


    Sally Rashid...ehehe..


    Wsalam Ady..dah abis coklat nutella disapu pd pau..hihi..


    Thanks Jassnani..ambik je resepinya..buat bila ada senang..pasti sodap..


    Wani...nape lambat lagi? pau dah abis la..

    BalasPadam