Sabtu, 26 November 2011

Puding Roti Bakar

Selamat petang kepada semua..tengah buat ape? dah siap buat hidangan ptg? untuk petang ni Rahel buat hidangan yang simple2 aje,bahan-bahannya sikit sahaja dan mudah disediakan,resepi puding roti ni Rahel ambik kat kawan Fb,SuhaidaSy Muhamad memang sedap rasanya dan sesuai utk sarapan atau pun utk minum petang.


Jom kita tengok pulak bahan-bahan yang perlu disiapkan untuk membuat puding roti bakar...

Puding Roti Bakar
Resepi:SuhaidaSy Muhamad,fb

Bahan:
beberapa keping roti (yg dah nak expired) Rahel guna 4 keping roti
2 biji telur
1 sudu makan butter,cairkan
1/4 cawan gula (equals to 50g)-ikut nak manis macam mana
235ml susu cair nak guna fresh milk pun boleh)-Rahel guna 200ml susu coklat
1 sudu teh esen vanila
kismis ikut suka

Cara:

1.Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (carik2kan roti dan masukkan ke dlm acuan).

2.Tabur sedikit kismis di celah2 dan di atas roti,kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.

3.Pukul telur,susu,gula,esen vanila sehingga sebati dan tuang ke dlm acuan yg berisi roti tadi.

4.Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.

5.Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180'C.

6.Angkat dan boleh dimakan..letak dlm peti sejuk pun sedap..cubalah..

p/s:
    *sebelum bakar roti,tabur parutan keju cheddar diatas roti.




Selamat menjamu selera...

5 ulasan:

  1. malam Rahel..

    Singah sini nampak pula puding roti, fav akak ni tak kira makan panas atau sejuk semua sedap!
    nanti boleh cuba versi yang ni pula..

    BalasPadam
  2. malam Kak Azlita..
    thanks sudi singgah..iyolah..sedap jer puding roti ni walaupun panas atau sejuk...

    BalasPadam
  3. sedapnya puding roti ni..biasa kalau nak makan saya beli kat giant..tp cepat berkulat..nak sepotong..

    BalasPadam
  4. ini yang bestnya blogger masakan dengan kepakaran masing-masing....teruskan Rahel! Walaupun Kak Amie tak mahir bab roti, puding, tepung-tepung ni tapi suka tengok hasil air tangan kawan-kawan... mana tahu suatu hari nanti tangan kita jadi lembut untuk bermesra dengan dunia tepung pulak... he hehehh..

    pernah makan puding roti bakar tapi biras yang buat...

    BalasPadam
  5. betul kata Totie @Tomy..sedap puding roti ni...haa len kali boleh buat sendiri..tak payah beli lagi...sonang jer..


    Terimakasih Kak Amie..dengan adanya blog masakan yg pakar2 ni kita boleh tumpang belajar..mcm Rahel yang masih byk belajar.

    BalasPadam