Isnin, 14 November 2011

Cheesy Muffin

Selamat petang semua..dah siap minum petang k? Rahel petang ni pekena muffin lagi..ehehe..suka sangat dengan mufin keju..oklah kawan-kawan Rahel teruskan dulu minum petang ek..oh ya,resepinya tengah menunggu kat bawah tu.


Cheesy Muffin
Resepi:Agnes Chang

Bahan A:
250 tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
60g gula kastor
90g keju cheddar,diparut/sagat

Bahan C:
1 biji telur,dipukul sedikit
250ml susu segar
60ml minyak jagung

Tambahan:
50g keju cheddar,siparut/sagat

Cara:
1.Ayak bahan A ke dalam mangkuk.Kemudian masukkan bahan B.
2.Pukul bahan C guna hand whisk hingga rata selama 1 minit.
   Tuang ke dalam campuran tepung dan gaul rata.(jangan terlebih gaul).
3.Sudukan ke dalam acuan muffin yang dialas paper cup hingga 3/4
   penuh.Taburkan keju parut di atasnya.
4.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit
5.Setelah masak,angkat dan hidang.


selamat mencuba..

9 ulasan:

  1. Duhh rahel...cukup2 la menggoda daku dgn segala yg cizi2 tuh...dap dapnye!!

    BalasPadam
  2. Kak Cek nak sebiji..tak penah mkn lagi cheesy2 muffin ni...he he jakun tul kak cek ni....:D

    BalasPadam
  3. aduinaaaaa... rahel! kalau bab cheese ni memang kak Amie pengsan duluan!....sedapnya... nak tapau 1 biji,tak cukup...tapau 3 biji ye...

    BalasPadam
  4. sedap nampaknya muffin yang rahel buat tu, tapi saya ni kurang gemar sikit, kalau buat tu mesti kena bagi orang... :)

    BalasPadam
  5. as-salam rahel
    Look delicious muffin cheese ni..menggoda kalbu..

    BalasPadam
  6. wani datang ni sebab terbau cheesy ....emm sedapnya ... hantu cheese betul ni ... hihi

    BalasPadam
  7. tengok dari atas pun dah tahu sedap belum lagi rasa....

    BalasPadam
  8. Salam Kak...Wahhhhhh...ni betul2 best ni pekena ngan kopi panas, lagi2 time hujan2 macam ni....

    BalasPadam
  9. Chah..hehe..sowi la...hehe..


    Kak Cek
    ambil la berapa yg kak cek nak...alah Kak Cek je yg tak nak wat cheesy mufin..


    Kak Amie..
    Klu nak ambik lebih dr 1 biji,tukang masak tak kebagian..hihi.


    Cheq Sue
    beruntung org yg dekat2 ngan akak bab dapat cheesy mufin free slalu..hehe.


    Ady
    tak dinafikan lagi..memang sedap...


    Wani
    amboii..tajam jugak bau mufin ni ek...hehe


    Kak Ucu Faridah.
    ni saja bagi tengok dr atas bab dah slalu sangat tengok dr tepi..hihi..


    Wsalam Sue @ Nenie
    emm betul..sesuai dihidang bersama kopi panas time hujan2 ni..

    BalasPadam