Khamis, 20 Oktober 2011

Ayam Goreng Brokoli

Selamat bersiaran kembali,semoga semua dalam keadaan yang baik2 saja.Hari ini Rahel mahu share lagi satu resepi lauk yang simple ja dan sesiapa pun boleh mencuba.Ayam goreng brokoli ni sangat senang untuk memasaknya & bahan pun sikit sahaja tapi memang sangat sedap.


 
AYAM GORENG BROKOLI

Bahan:
300g ayam,potong2
250g brokoli,potong kecil
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu besar tepung jagung bancuh dg sedikit air
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil gula pasir
1/2 inci halia,cincang
3 biji bawang putih,cincang
1 sudu teh lada hitam
2 cawan air
Sedikit bijan untuk taburan

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak,tumis halia hingga wangi,masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga layu.

2.Masukkan potongan2 ayam,kicap dan juga lada hitam.Teruskan masak hingga ayam berubah warna.

3.Masukkan air dan teruskan masak hingga ayam empuk.

4.Masukkan brokoli,kacau sebentar.Masukkan bancuhan tepung jagung.Perasakan dengan garam,gula dan pati ayam.Teruskan kacau hingga brokoli masak.Hidangkan dengan taburan bijan.




Selamat menjamu selera..

11 ulasan:

  1. assalamualaikum..

    rahel,,, sedapnye ayam brokoli tu, leh jadi menu diet la.. nyum nyum.. nak wat lah hari ni.. balik ni boleh wat dah.. thankssss make me idea...

    BalasPadam
  2. As'salam Rahel

    sedap nampaknya menu rahel ni, mintak lah sedikit buat lunch k.ct dirumah boleh..? hehehe

    BalasPadam
  3. Rahel...

    menu yang kak cek suka...suka makan sayo brokoli...best...sedapppnya...:D

    BalasPadam
  4. JassNani
    Wsalam,mekasih sudi jengah dapur Rahel,boleh jd menu diet k ni? hihi...boleh je dicuba..dah cuba jgn lupa post hasilnya kat sini ye..mcm kat fb la pulak..


    Kak CT
    Wsalam,datanglah sini..bawa' pinggan kecik ek...hihihi.


    Kak Cik Cek
    Sama la kita..suka ngan sayo...segar rasanya klu ada hidang sayur2an kan..hehe..

    BalasPadam
  5. rahel....sedapnya ayam ngan brokoli tu..
    kalau dapat kat mas...
    ratah gitu jerk tau...

    BalasPadam
  6. Mas
    hehehe..sama la ngan Rahel lau gitu..suka merata brokoli..

    BalasPadam
  7. K Rahel...
    Simple tapi sedappp... Nurul suka masakan style camni... ^__^

    BalasPadam
  8. Rahel..tiba2 jer rasa lapar..minta sepiring blh?

    BalasPadam
  9. saya suka betol kalau makan brokoli...sayurnya manis2 ja...

    BalasPadam
  10. Nurul,
    sedap ayam goreng brokoli..tak rugi mencuba,dah cuba..mesti suka..hehe.


    Liza
    kalau rasa lapar..gi makan..apasal lambat sangat nak mintak ni? hehe..


    Nuwairani
    best kan sayur brokoli...akak pun suka sangat..senang je masak.


    Kak Sam
    Memang senang je masak lauk yang satu ni..sedap pulak tu..hehe..

    BalasPadam