Ahad, 25 September 2011

Roti Gulung Serunding Ayam

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali,semoga kawan2 semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Petang ni masuk dapur lg tengok-tengok kalau ada yang boleh dibuat untuk hidangan minum petang.Oh ya,nak crita bab meroti ni..sebenarnya Rahel bukannya pandai pun,tapi kena cuba nasib gak,lagi pun Rahel dah ada beli buku resepi Kompilasi Hidangan Roti ..so bolehlah cuba kan? Kesian buku resepi tu,asyik tidor je...


Untuk doh roti ni..Rahel guna resepi asas roti span,kalau ada yang sudah memiliki buku tu..boleh tengok kembali ye..untuk pembetulan jika ada yang tersilap cakap di sini,dan resepi ni boleh dipelbagaikan ikut kreativiti memasing dan untuk kali ni Rahel buat pulak cara gulung dan salut dengan serunding ayam dan susu pekat manis,rasanya memang berbeza..sedap.Oklah..pada kawan-kawan yang belum sempat beli buku resepinya tu saya sertakan resepinya di sini untuk jadi rujukan nanti...

ROTI GULUNG SERUNDING AYAM
(Asas Roti Span)
Resepi:Kompilasi Hidangan Roti

Bahan A:
500g tepung roti
190ml air
80g gula kastor
1 sdm yis kering

Bahan B:
400g tepung roti
120g gula kastor
2 sdm susu tepung
1 st garam halus
1 st bread improver
1 st yis kering
3-4 sdm air
2 biji telur

Bahan C:
30g lemak sayur (shortening)

Bahan D:
1 biji telur
1/2 st susu pekat manis
sedikit pewarna kuning telur

Cara membuat:

1.Campurkan bahan A ke dalam mesin pengadun.Pukul selama 3 minit hingga doh menjadi lembut.

2.Masukkan doh ke dalam mangkuk,tutup dengan tuala lembab atau plastik yang dilenser sedikit marjerin.Biarkan doh naik 2x ganda selama 1-2 jam.

3.Kemudian masukkan bahan B ke dalam mesin pengadun.Putar seketika kemudian masukkan bahan C dan doh A tadi.Putar lg dengan kelajuan sederhana sehingga doh kenyal dan elastik.

4.Tutup dengan plastik dan letak di tempat hangat.Biarkan doh mengembang 2x ganda.

5.Timbang setiap bagian doh seberat 40g.Susun di dalam dulang yang dilenser minyak sayur.Biarkan ia mengembang.

6.Gliskan bebola doh ini dengan bahan D.Bakar pada suhu 190'C atau hingga kekuningan.Sejukkan.

*sebelum membakar,ketuhar hendaklah dipanaskan pada suhu yg sesuai  selama 15 minit.

*tambah 2-3 sdm air lagi jika doh terlalu kering.

*saya tidak menggunakan cara no.5 kerana doh saya canai nipis kemudian letak di atas dulang pembakar.

*setelah roti masak,biarkan sejuk baru sapu dengan susu pekat manis dan taburkan serunding ayam di permukaan roti,kemudian gulunglah roti dan potong.


Enjoiii.

8 ulasan:

  1. Nampak macam swiss roll pun ada roti ni rahel...

    BalasPadam
  2. 1st time tengok roti serunding yg dibuat gulung mcm ni...

    BalasPadam
  3. sedapnya tengok roti ti rahel...
    ada serunding lagi....
    sukaaaa...

    BalasPadam
  4. roti nie mmg fav daughter... tp x perna lg buat sndiri.. biasa kalu nak makan p beli jer.. roti yg rahel buat tu mmg nampak sgt sedap...

    BalasPadam
  5. Cheq Sue,memang dah nampak mcm swiss roll..jemput mkn..hehe..

    BalasPadam
  6. Nuwairani,selalu ada di jual di kedai kek,kita slalu beli jak...memang sedap roti gulung ni..

    BalasPadam
  7. Mas,thanks kerana sudi melawat dapur Rahel..tengok pun sedap apalagi klu dah mkn..lagila sedap..hehe..

    BalasPadam
  8. Diana,makasih...kekadang klu nak mkn sikit kite beli jer..tapi kali ni belajar pulak buat sendiri..nasib baek menjadik..

    BalasPadam