Sabtu, 1 Oktober 2011

Pankek Kelapa

Selamat malam semua...dah tidur k? Malam ni Rahel mo share lg satu resepi pankek orang dari kampung,sesiapa pun mesti sudah tau buat,tp nda' apalah,letak jak di sini..sebab saya mau tengok dan tengok lagi nanti...okla Rahel truskan dulu ya...



Pankek Kelapa
Resepi:Rahel

Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1 1/4 cawan santan sederhana pekat
3/4 sudu teh garam
2 biji telur M,dipukul selama 1 minit dengan garpu
2 sudu besar minyak masak


Cara:
1.Gaul rata semua bahan hingga sebati.
2.Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak.
3.Letakkan 4 sdm adunan dan tutup kuali.
4.Masak guna api kecil hingga agak kering.Kemudian terbalikkan
   dan apabila kuning keemasan bolehlah diangkat.
5.Hidangkan bersama madu atau lauk kegemaran anda.



Selamat mencuba..

4 ulasan:

  1. Sedapnya untuk sarapan ni rahel..buleh rusak diet nih..sebab x sedar diri makan..rasa lemak2 manis gitu ba kan..lama x mkn..tp kalo buat prefer original lempeng..hehe

    BalasPadam
  2. comel pulak oren tu bertenggek kat situ..hihih...

    BalasPadam
  3. Hasue,sudah rosak dietku ni...memang rasa lemak2 jer pankek kelapa ni.

    BalasPadam
  4. Nuwairani,ambillah oren yg di atas tu...pankek utk saya jak..hehe..

    BalasPadam