Sabtu, 30 Julai 2011

Kek Pandan Karamel

      
Selamat bertemu kembali,semoga sahabat yang setia jengah dapur Rahel  sentiasa sihat dan ceria selalu...Pagi ni Rahel mo tayang lagi kek pandan karamel yang sedap dan nyaman ni  kawan-kawan yang sudah pernah buat kek karamel di rumah tu mesti udah tau rasa kek ni..sedap,lembut,gebu dan nyaman banget...walaupun baru kali ni Rahel try buat kek karamel ni hasilnya sangat memuaskan dan puas hati makan,kalau ada kawan-kawan yang belum pernah merasa keenakan kek ni wajip try buat di rumah..boleh la kawan-kawan merasa dengan sepuas-puasnyaa..kann..hehehe..jom layannnnn..


Kek Pandan Karamel
Sumber:Buku resepi


Bahan Karamel:
6 sdb gula pasir dihanguskan,kemudian tuang ke dlm loyang bulat 11".
   Ketepikan.

Bahan Puding:
6 biji kuning telur
1 tin susu cair
1 sudu teh tepung jagung
Cara:
1.Campur semua bhn puding dan gaul perlahan hingga hancur/rata.
   Tapis ke dalam loyang yg berisi karamel tadi.Ketepikan.



 
Bahan Kek A:
3 kuning telur
1 putih telur
150g tepung superfine
3/4 cawan air
1/4 cawan minyak
1 sudu teh serbuk penaik
100g gula kaster
1 sudu teh pandan paste

Bahan Kek B:
8 putih telur
100g gula kaster
1/2 sudu teh cream of tartar

Cara:
1.Untuk bahan kek A:Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.

2.Untuk bahan kek B:Pukul putih telur dan cream of tartar sehingga 1/2 kembang,tambahkan gula kastor secara bertahap sambil dipukul hingga menjadi pekat.(aduan bertanduk dan jika mangkuk diterbalikkan,adunan tidak terjatuh)

3.Masukkan adunan kuning telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur sambil dikaup balikkan hingga rata.

4.Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang berisi karamel dan adunan puding tadi.

5.Bakar secara steam-bake selama 1 jam atau sehingga masak.Setelah kek masak  biarkan betul-betul sejuk baru telangkupkan ke dalam pinggan.

Pesan:
*kek karamel boleh juga dikukus selama 1 jam atau sehingga masak.
*gula hangus tak perlu diberi air.selepas dihanguskan cepat2 tuang ke dalam loyang krn ianya mudah keras.



Selamat mencuba.

2 ulasan:

  1. Rahel

    Kak ct belom cuba lagi kek ni.bagiler resipi kot2 teringin nak makan untuk berbuka puasa bolehlah buat nanti :)

    BalasPadam
  2. hehehe...Kak Ct...jap saya letak resepinya yer..line kat sini teruk betul...terputus2...

    BalasPadam