Ahad, 3 Julai 2011

Coconut Cupcake

Selamat bertemu kembali.Semoga kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Puas hati rasanya dapat siapkan lagi satu kek yang sedap untuk kudap2an..sebelumnya dah pernah buat tapi nda' sempat posing bab masa tu ada malas sikit...skarang ni terlebih rajin jak sikit tu la dapat posing cupcake ni dan ditayangkan di sini...

Nah,untuk kek yang satu ni memang senang jak dapat bahan2nya & paling penting kena rajinlah membaking sendiri baru dapat merasa.Oklah teman2..Rahel mau rehat dulu la...resepinya udah ada di bawah tu...tengok2lah ye...jomm..


Coconut Cupcake
Sumber:Buku Resepi


Bahan:
2 cawan tepung paling halus*
1 st baking powder*
1/2 st garam*
1 cawan mentega tanpa garam suhu ruang
1 1/2 cawan gula kastor
4 biji telur saiz L
1/4 cawan susu segar
1/2 cawan parutan kelapa bhgian putih
1 st esen vanila

Cara:
1.Panaskan oven 170'c.Sediakan acuan muffin.
2.Satukan bahan bertanda* dlm mangkuk.
3.Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
4.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata setiap tambahan telur.
5.Perlahankan mixer masukkan susu & esen vanila diikuti dg campuran
   tepung secara berselang-seli dan diakhiri dg campuran tepung.
6.Masukkan parutan kelapa,kaup balikkan dan jgn terlebih kacau.
7.Sudukan adunan ke dlm acuan muffin/papercup.Bakar selama
   20-25 minit.

Enjoiii..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan