Selamat tengah hari kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Untuk hari ni tak sempat nak masak banyak2,buat salad spageti je..ini antara menu kesukaan saya juga..kalau nak yang senang & ringkas tapi sedap,salad spagetila alamatnya..
K la kawan-kawan..sebelum keluar Rahel letak aje resepinya kat sini sebagai rujukan Rahel dan juga kawan2 yang tercari-cari resepi salad spageti..bolehlah cuba ek..sonang dan sedap...jom layan dulu...
Salad Spageti
Resepi:Rahel
Bahan:
60g spageti,rebus hingga lembut toskan,rendam dalam air batu
5 ekor udang segar,buang kulit dan rebus,rendam dlm air batu
1 batang carrot,sagat,rendam dlm air batu
3 helai daun bawang,potong kecil
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos ikan
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu makan jus lemon,boleh tambah jika suka masam
1 sk gula pasir,boleh tambah jika suka manis
sedikit garam
Cara:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.Hidang.
*toskan bahan yg direndam dalam air sejuk terlebih dahulu baru
gaul dg bahan lain.
*jika ingin salad yg banyak gandakan je bahan2nya.
*kalau tak ada air batu,salad boleh disimpan dalam peti sejuk
selama 1 jam baru hidang.
Selamat menjamu selera...
Rahel..tanya yah rendan dalam air batu maksudnya rendam dalam air es / air sejuk kah.. ?
BalasPadamboleh tau kenapa mesti di rendam di dalam air batu.. makasih yah.. nampak sedap lah, melly mau coba.
Maaf Melly,baru nampak komentarnya..air batu ialah air ais/air dingin dari peti sejuk.Tujuannya ialah supaya semuanya terasa segar..kan klu salad panas nggak enak dimakan..itu aja.
BalasPadam