Ahad, 5 Jun 2011

Ketayap Dot-dot

Selamat bertemu kembali di pagi yang indah ini,apa khabar semua? Awal pagi lagi dah mengedot lagi ke kuih ketayap ni,semua kerana trend terkini yang sedang hangat mendot-dot,klu bole semuanya mau didot-dotkan,tapi nampak cantik juga kalau kena dot-dot,berseri ja nampak kuih ketayap ni.






Oklah..Rahel berhenti skejap bab nak teruskan sarapan pagi...jika berkenan dengan ketayap dot2 ni..silahkan ambik resepinya..anda pasti suka..layannn.

Ketayap Dot-dot
Sumber resepi :Rasa 2010


Bahan:
110g tepung gandum
1 biji telur saiz B
375ml santan cair
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh pandan paste

Cara:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk,gaul rata.

2.Ambil 1/4 cawan adunan dan tambahkan 1/4 sudu teh pandan paste,1 sudu teh tepung gandum,gaul rata.Tapis dan masukkan ke dalam botol yang ada muncung supaya senang nak dot2kan nanti dalam kuali.

3.Panaskan kuali leper (non-stick pan),sapu dengan sedikit minyak.

4.Sediakan adunan yang dalam botol tadi,dot2kan dipermukaan kuali,kemudian tuangkan 1 senduk adunan di atasnya.

5.Layangkan kuali agar adunan rata.Biarkan masak sepenuhnya baru angkat.

6.Buat langkah no. 4 & 5 hingga semua adunan diguna.Kemudian beri inti & gulung dengan kemas.


Untuk inti:
250g gula merah
200g kelapa parut putih
50ml air

*masak gula merah dg air sampai larut,tapis.
*kemudian masak kembali gula merah dg kelapa parut sampai sebati.
*siap untuk diguna.


 
Selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan