Isnin, 2 Mei 2011

Kek Cawan Pandan

Selamat  bertemu kembali dan apa  khabar semua? harap  semuanya  sihat & ceria.Kalau dulu Rahel  main beli je kek cawan ni tapi skarang dah  boleh buat sendiri katrumah dengan bantuan buku resepi yang direka  oleh Chef  Noraini Zakaria.Dari segi rasa memang tak dinafikan lagi keenakannya.Keknya begitu lembut,gebu & moist.Tapi kali ni Rahel buat versi kek cawan pulak,senang nak hidang gitu...



Kek Cawan Pandan
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek
Resepi by:Chef Noraini Zakaria


Bahan:
250g mentega
250g tepung kek}
1 st serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
100g santan segar atau santan kotak
50g kelapa parut kering
4 biji telur A
1 st pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau epal

Cara:
1.Siapkan acuan/paper cup.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.
2.Pukul mentega,gula kastor dan garam hingga kembang dan putih.
3.Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul.
4.Masukkan kelapa kering,pewarna hijau dan perisa pandan.Kacau
   hingga rata.
5.Seterusnya masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau ber-
   selang-seli dengan santan hingga sebati.
6.Tuangkan adunan ke dalam acuan.Bakar selama 20-25 minit.



Enjoiii..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan