Isnin, 25 April 2011

Kek Pandan Marble

Selamat bertemu kembali..apa khabar semua? harap semua sihat & ceria.Petang ni buat apa pulak untuk minum petang? Rahel petang ni rehat kat umah sambil menikmati kek pandan marble..ni sebetulnya dibuat pagi td,baru kena hidang petang ni..sedap dan lemak rasa dia..






Oklah kawan-kawan..seperti biasanya..sebelum tuan tanah keluar jalan-jalan resepinya akan dishare dulu kat sini..jom tengok apa kata penulis...

Kek Pandan Marble
Resepi:SaSe,Indonesia


Bahan:
250g mentega
175g gula kastor
5 biji telur B
225g tepung kek/tepung superfine}
1/2 sudu teh serbuk penaik},ayakkan bersama
1 sudu teh pandan paste
1/2 sudu teh chocolate emulco

Cara:
1.Putar mentega dan gula kastor hingga lembut berkrim.
2.Tambahkan telur satu persatu bergantian dengan sebahagian tepung
   sambil diayak dan diputar perlahan.
3.Masukkan baki tepung tadi sambil diayak dan diputar perlahan.
4.Bahagi 2 adunan,satu bahagian diberi emulco coklat & yg satu bahagian
   diberi pandan paste.
5.Selang selikan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas kertas
   minyak.
6.Bakar kek dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 190'C.Turunkan suhu
   nya 180'C dan teruskan bakar lagi selama 40 minit atau sehingga masak.
7.Setelah kek sejuk,potong pada 4 bahagian.Siap untuk diberi topping cream.


Ok,kek dah sejuk kan..so bolehlah kita bersiap-siap untuk buatkan krim dia..dan di bawah ni Rahel siapkan dua jenis cream untuk disapu pada kek nanti,tapi terpulanglah pada anda nak guna krim yang mana satu...


Bahan Untuk Fresh cream Topping:
1 3/4 cawan fresh cream
1/2 sudu teh pewarna hijau

Cara:
1.Satukan fresh cream dan pewarna hijau.Pukul sehingga kembang dan gebu.
2.Sapukan fresh cream pada tiap lapisan kek dan keseluruhan permukaan kek.
3.Tabur dengan gajus cincang jika suka.

Atau anda juga boleh menggunakan butter cream sebagai hiasan jika suka.

Bahan krim mentega:
120g mentega tanpa garam
1 cawan cawan gula aising
2 st esen vanila/pandan

Untuk membuat krim mentega:
1.Menggunakan pemukul elektrik,pukul mentega dg gula aising  sehingga
   kembang dan ringan,tambahkan esen vanilla/pandan dan pukul lg selama
   2 minit.
2.Ratakan aising pd permukaan kek dan hias dg kreativiti masing-masing.  

4 ulasan: