Rabu, 25 Julai 2012

Biskut Jejari Oat

Salam semua.Semoga ceria selalu.Ini percubaan pertama untuk buat biskut jejari oat.Rasa memang sedap.Sesiapa yang tengah mencari resepi biskut yang sedap bolehlah mencuba resepi yang satu ini.




Biskut Jejari Oat
Sumber:Mastura Zaida

Bahan:
250g mentega
4 0z gula kaster
2 cawan oats-dikisar
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Hiasan:(disatukan)
gula aising
tepung susu

Cara:
1.Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
2.Masukkan serbuk koko dan gaul sebati.Masukkan oats.Gaul lagi dan akhir sekali
   masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.
3.Bentukkan seperti jejari atau ikut suka.Bakar pada suhu 170'C selama 10-15 minit.
4.Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan gula aising dan tepung susu.

Selamat mencuba...

16 ulasan:

  1. Salam kakak rahel!!! meriahnya masuk sini dah terasa nak beraya pulak, kita pun tgh raya pulaknya skrg ni hihihi... tak sabo kita nak balik beraya kat mesia besstttnyerrr!!! Salam ramadhan buat akak sekeluarga, rindu kat kita tak kak? ehehehe....

    BalasPadam
  2. wsalam ijayuji...
    cepat2 la balik m'sia...kita semua rindukan awak..hehe..selamat berpuasa buat ijayuji..

    BalasPadam
  3. salam Rahel..
    dah terasa nak beraya lah pulak ni sbb nengokkan biskut Rahel ni mesti sedap kan,cute mute putih bersih pokoknya terbaiklah Rahel punya ni mesti try jugak ni utk raya nnti izinkan akak copy resepinya ya hehe

    BalasPadam
  4. hari2 makin best tgk rahel wt biskut..smoga bertambah2 rezeki dibulan yg mulia nie rahel..kemas jew rahel wt tue:)

    BalasPadam
  5. rasa macam lagi 2-3 hari mo raya...bestnya! kalau bakar kuih raya, mcm nampak2 suda suasana raya.

    BalasPadam
  6. wow dah start buat biskut, mesti sedappp ni

    BalasPadam
  7. wahhhh...makin banyak ngulis ni rahel...
    sedapnya tengokkk...

    BalasPadam
  8. raya ni nak dtg rumah rahel lah! hehe... dah byk kuih raya yg dah disiapkan tu.... sedap2 semua...

    BalasPadam
  9. nyumnyumnyum.. sedapnye..sakan dah rahel wat kukis raya,.... terliur ni
    :)

    BalasPadam
  10. Mesti sedap biskut salut susu cam tu...sy suka..

    BalasPadam
  11. kalo oats digantikn ngan nestum oke x?mcm sedap je..hehehe

    BalasPadam
  12. rajennya rahel, akk satu pun belum buat lg

    BalasPadam
  13. bestnyer rahel....terasa meriah dah nak beraya ni)

    BalasPadam
  14. ha...yg ni sesuai sgt ngn akk, mnambahkn lg pnambilan oat, cam dh terasa2 kt mulut je beskot ni...hee..

    BalasPadam
  15. Salam Rahel,
    Banyaknya biskut raya, menarik pulak tu....Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat Rahel sekeluarga

    BalasPadam
  16. ooooo... ini biskut kesukaan ni. tau mcm ni awal2 tak yah p beli. huhu... lenkali nak cuba. sedapnyaaaaa nampak. meriah dgn biskut skrg :)

    BalasPadam