Selasa, 24 Julai 2012

Almond London

Sebut saja Almond London mesti kamu terbayang biskut yang disalut dengan coklat kemudian ada sebiji badam di tengahnya.Ini juga antara biskut paling laris setiap hari raya puasa,tapi biasanya budak-budak tidak berapa suka makan almond,budak-budak suka makan coklat sahaja.Apakata raya tahun ini kamu buat sendiri almond london ni sebab kalau beli memang boleh tahan juga harganya.



Almond London


Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
   Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
   kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.

Selamat mencuba.

19 ulasan:

  1. Amboiii...rajinnya mengukis...

    BalasPadam
  2. AS-SALAM RAHEL
    RAJINNYE RAHEL DAH BUAT Cookie UNTUK HARI RAYA ...

    BalasPadam
  3. sedapnya almond london

    suka sangat makan tapi tak penah rajin nak buat hehe, selalu beli pun tak sedap sebab dorang guna coklat murah kan

    ingat nak try lah buat sendiri tahun ni

    BalasPadam
  4. Assalam Rahel. akk pun suka guna resepi ini, memang sedap n menjadi, cantik kukis tu, rajin rahel, ini utk raya ke mkn2 je heheh

    BalasPadam
  5. wahhhhh...rajinnya ngukissss...
    banyak biskut dah tu...he3
    memang biskut wajib almod london ni...
    sedappnya tengokk..

    BalasPadam
  6. wah! dah siap kukis untuk raya! nani belum buat apa2 pun lagi.

    BalasPadam
  7. awk klau buat cookies mmg sya suka tgk...kemas n molek btul kejadiannye..

    BalasPadam
  8. almond london mmg tak pernah miss dalam menu hariraya akak Rahel budak2 ni suka snagat boleh try resepi rahel lagi nnt kemassssss je

    BalasPadam
  9. wow, dah lama cari resipi almond london..ooo badamnya digoreng bukan dibakar, baru tahu..

    BalasPadam
  10. AS'salam Rahel

    dah bederet2 dah kukis dia ni ya. Kalau ada lebih2 tu tolonglah masuk dalam bekas pos kat k.ct ni ya hehehe

    sedap2 kukis yang Rael buat ni :)

    BalasPadam
  11. salam rahel..dh byk sample kuih raya nie..waduhhh klu dekat mmg nk oder..nk rasa masakan rahel la:)..semuanya nampak perfct.suka tgok.

    BalasPadam
  12. rahel..kuih kegemaran anak2 acik ni

    BalasPadam
  13. wahh best ni...my fav Almond London ni..nanti nak cuba buatla..tq Rahel:)

    BalasPadam
  14. Salam pren aka kak rahel, hehe...aduh sedapnya, masih larat buat lagi ka???saya mo rehat sdh ni,hehe...

    BalasPadam
  15. wah banyak kuih raya Rahel... kalau FnF kuih raya ni memang feveret makan lepas berbuka... time raya dah tak pandang dah...haish... kalau dapat almond london ni sure tak sempat raya dah habis...ngeee

    BalasPadam
  16. mmg nak buat sendiri je almond london tahun ni. InsyaAllah boleh gunakan resipi you ni.

    BalasPadam
  17. weee..almond london! peberet bdk2 rmh ni, bila buat slalu x sempat posing atas meja di hari raya, coz dh dikerjakan dek bdk & bpak bdk skali..aduss..

    BalasPadam
  18. salam aidilfitri dari muscat, oman

    BalasPadam
  19. dah terlioq2 da nee..kukis semua nampak sedappp!!!

    BalasPadam