Memang tidak pandai puas rasanya makan donut susu ini.Hari tu sudah makan tapi hari ini teringin lagi makan itulah kita buat lagi dan makan sambil pejam-pejam mata. sebab lembut dan sedap sangat.Resepi hari ini kita guna resepi yang lain lagi.Ini kali donutnya memang terpaling lembut dan gebu sudah.Boleh buat untuk jualan.Sebenarnya boleh saja gunakan mana-mana resepi donut untuk dijadikan donut susu.Siapa tahu anda ada resepi dari pjj online,boleh ja guna resepi itu.Manakala kakak-kakak adik-adik yang masih mencari resepi,saya rasa ini resepi paling sesuai anda cuba.Donut tetap lembut dan gebu walaupun disimpan dalam masa 24 jam.
Saya selalu teringat kalau pergi kedai roti dan nampak donut gebu-gebu memang tidak senang kalau tidak beli sebiji.Geram sebab donutnya empuk sangat.Nah! Kamu yang suka donut ala kedai bakery punya kena ingat,diorang guna bahan-bahan premium dalam adunan,jadi pastikan kamu pun guna bahan-bahan yang bagus kalau mahu donut itu sedap.Contohnya tepung gandum biasa tu kamu kena gantikan dengan tepung roti,kalau dulu kamu letak marjerin skarang letak pure butter.Air biasa digantikan dengan susu segar.Confirm kamu tak pandang sudah donut yang lain punya.Oklah,selamat mencuba ya.
DONUT SUSU TERPALING LEMBUT DAN GEBU
Bahan A:
210g tepung roti
50g tepung gandum
5g yis segera
33g gula kastor
5g garam halus
Bahan B:
5g susu tepung
Bahan C:
1 biji kuning telur B
145g air sejuk dari peti sejuk
Bahan D:
40gram mentega
Hiasan atas:(satukan)
25g snow sugar
35g susu tepung
Cara membuat:
1.Campurkan bahan (A),masukkan bahan (B) dan (C).Pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit.Tambahkan bahan (D) dan teruskan memukul selama 15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
2.Biarkan doh di atas permukaan yang telah ditaburkan tepung dan ditutup dengan kain bersih.Biarkan doh mengembang selama 30 minit sehingga menjadi dua kali ganda daripada saiz asal.
3.Setelah doh mengembang,tumbuk2 doh untuk buang angin.Bahagikan doh kepada 10 bahagian,timbang doh 49g setiap satu.Bulat-bulatkan doh kemudian susun di atas dulang yang ditaburi tepung.Ketepikan selama 30 minit untuk doh mengembang dengan secukupnya.(Terap doh setelah direhatkan 15 minit,kemudian rehatkan lagi 15 minit)
4.Panaskan minyak secukupnya.Goreng doh sehingga keperangan.Angkat don tuskan minyak.Biarkan donut agak suam sebelum disalut dengan hiasan atas.
5.Celup donut ke dalam campuran snow sugar dan susu tepung.Siap.
Nota:Untuk resepi ini adunan sangat lembik,jadi sapu tangan kamu dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat.
nanti boleh cuba resepi ini, paling suka donut tapi selalu buat keras, belum tahu rentak bikin donut ini.
BalasPadamIn sha Allah guna resepi ini dan step by stepnya donut pasti lembut dan gebu walau tak letak pelembut roti.Adunan memang lembik sikit so kena sabar ya,sapu kan sedikit minyak pada tangan ketika rounding supaya doh tak lekat di tangan.Selamat mencuba.Terima kasih sudi jengah dapur kita.
BalasPadam