Salam semua.Cuaca hari ini amat panas,sambil lepak di ruang tamu saya on dua biji kipas tapi macam tidak berkesan,lain macam dia punya panas oh.
Petang ni saya terajin sikit buat pisang ijo walau kepanasan di ruang dapur,tahan saja la sebab mahu keluar membeli pun memang malas.Korang mesti dah pernah makan pisang ijo kan? jadi apakata korang cuba buat sendiri di rumah,lagi best.
PISANG HIJAU
Resepi by:Mama Naurah
Bahan Sos:
1200ml santan
7 sudu makan tepung gandum
300g gula pasir (ku guna 150g sahaja)
1 lembar daun pandan,disimpul
Cara membuat sos:
1.Satukan semua bahan dalam periuk.Masak dengan api perlahan sehingga menggelegak dan pekat.Tutup api dan ketepikan sehingga sejuk.
Bahan untuk kulit (hijau)
3 Cawan tepung gandum
3 Cawan air
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar panda paste
2 sudu besar marjerin
Cara membuat kulit hijau:
1.Campurkan semua bahan,kacau sehingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang yang sudah diminyakkan.Kukus selama 15 minit.Setelah itu,keluarkan dari pengukus.Adunan digaul semula hingga jadi lembut.Ketepikan sebentar sehingga wap panas hilang (suam)
2.Sediakan 1 lembar plastik,bubuh 2 sudu makan adunan dan ratakan,letak 1 buah pisang di atasnya,gulung kemas jadi bentuk pisang.Susun dalam pinggan.
12-14 buah pisang raja (ku guna pisang saba),dikukus selama 15 minit.Sejukkan,kemudian buang kulitnya.
Pelengkap:
Sirap pisang ambon/Sirap Ros
Susu pekat manis (i skip yg ni)
Kiub ice secukupnya
CARA MENGHIDANG:
Potong nipis pisang hijau,kemudian sediakan dalam pinggan,jirus dengan sos putih.Kemudian bubuh 3-4 sudu makan sirap pisang ambon/sirap ros merah.Akhir sekali bubuh sedikit kiub ice.Sedia dinikmati.Nyaman.
Saya cadangkan korang tengok video cara membuat pisang hijau di ๐ DI SINI
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi singgah sini๐
Tiada ulasan:
Catat Ulasan