Sabtu, 3 Ogos 2019

BAKED CHEESE CAKE

Salam😊
Selamat pagi semua.Semoga sihat dan ceria selalu.Maaf la sebab lambat sikit update resepi.Pasti ada yang tertunggu-tunggu kan? Yang sebenarnya Rahel buat kek ni sebab mau lepas craving bah,maklumlah tengah berdiet mau turunkan berat badan dan mau sihat,jadi dibuatlah kek cheese ketogenik punya.Jadi siapa2 yang tengah on diet ketogenik tu jangan susah hati,masih boleh makan kek sedap bah😊 Yang penting bahannya mesti low carbo dan zero sugar.Kita guna pemanis dari stevia or Lakanto dan ada beberapa jenis pemanis pengganti gula lagi.Jadi tidak menggemukkan.


BAKED CHEESE CAKE
Resepi Original by Rahel

Kerak kek:(loose tin 8")
50g serbuk Almond
50g serbuk kelapa kering
50g Unsalted Butter,cairkan
10g Lakanto
1/2 st serbuk kayu manis

Mix semua bahan kering.Kemudian cairkan butter dan tuang atas adunan.Gaul hingga jadi crumble.Tuang ke dalam loyang yang di alas baking paper.Ratakan kemudian tekan2 hingga mampat.Simpan dalam peti sejuk beku selama 15 minit.

Topping:
25g Cheddar Cheese,diparut/sagat

Cheese Filling:
250g Cream cheese
120g plain yogurt (no sugar or less sugar)
 35g Lakanto
3 biji telur gred A
1 st esen vanila

Satukan semua bahan dalam jar pengisar.Blend hingga halus.Tuang ke dalam kerak.Tabur Cheddar Cheese di atasnya.Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 1 jam 10 minit.Setelah masak,biarkan kek duduk dalam oven (pintu oven buka sikit) selama 30 minit.Setelah itu keluarkan kek dari oven.Biarkan kek di atas meja selama lebih kurang 40-60 minit.Kemudian simpan dalam peti sejuk beku selama 90 minit.Kemudian tanggalkan kek dari loyang.Siap.

Nota:
Lakanto (pengganti gula) korang boleh cari/beli di pharmacy Caring


Terima kasih sudi membaca😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan