Rabu, 16 Januari 2019

MIHUN TOM YAM

Salam😊
Selamat melangkah ke tahun 2019.Semoga kita sentiasa diberi kesihatan,kekuatan,kebahagiaan dan rezeki yang melimpah.Aamiin.

Menu pertama yang berjaya diambil gambar setelah melangkah ke 2019 ialah Mihun Tom Yam.Banyak kali juga masak2 lauk ini itu tapi takda mood lagi ambil gambar.

Skarang ni selera saya mahu makan yang berkuah saja atau masakan yang bersup,jadi saya memilih tengok-tengok buku resepi Chef Hanieliza iaitu Senangnya Memasak Mi,Mihun & Kuetiau.Banyak resepi best dalam buku tersebut.Kali daku berkenan dengan Mihun Tom Yam.Bila teringat Tom Yam Goong yang dimakan di reatoran hari tu memang power banget.Saya ada juga google tapi kebanyakan guna pes ready made.


MIHUN TOM YAM
Resepi by Chef Hanieliza
Sumber: Senangnya Memasak Mi,Mihun & Kuetiau

BAHAN A:
1 paket mihun(direndam dan tuskan)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang putih (diketuk)
100g bunga kubis (dipotong kecil)
2 biji tomato,dibelah 6
1 pokok daun ketumbar,dihiris
2 biji limau nipis,diambil jusnya
3 sudu makan minyak masak

BAHAN B:(KUAH)
500g ayam,dipotong kecil
1 batang lobak merah,dipotong pendek
2 batang serai,diketuk
8 biji cili api,diketuk
2 kiub pes tom yam
3 helai daun limau purut,dikoyakkan
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1.Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu.

2.Masukkan semua bahan B dan tuangkan air secukupnya.Masakkan sehingga mendidih.

3.Masukkan bunga kubis dan tomato.Biarkan mendidih dan tutup api.Perasakan.

4.Ambil sedikit mihun dan masukkan ke dalam pinggan.

5.Tuangkan kuah tom yam dan hiaskan dengan daun ketumbar dan limau nipis.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan