Jumaat, 18 Januari 2019

BISKUT PISANG

Salam semua dan selamat petang.Gigih saya buat biskut untuk kudapan di petang hari.Dari jauh kelihatan bentuk biskut samperit tapi tuan punya resepi bagi nama Biskut Pisang.Mungkin sebab ada letak esen pisang dalam adunan kan?.Texturenya gebu dan cepat hancur dalam mulut.Sedap juga digandingkan dengan minuman panas.Time saya tangkap gambar ni pun inda' sedar berkeping2 sudah masuk mulutšŸ¤£Layankan ja tekak ni.

BISKUT PISANG
Resepi by Hajah Fauziah Jusoh
Sumber:Saji,Jun 2015

BAHAN:
90g mentega
103g tepung gandum
40g tepung kastard
15g tepung jagung
25g gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu besar esen pisang

CARA:
1.Satukan kesemua bahan di atas dan uli sehingga doh lembut.

2.Gunakan acuan tart nanas,masukkan dan tekan adunan memanjang.

3.Bakar pada suhu 160°C selama 25-30 minit.

Selamat mencuba


2 ulasan:

  1. Dulu di Tawau boleh juga berenang keluar ikut Darvel Bay terus ke Kunak, sekarang lu di KK, jauhnya....mo capai sekeping biskut pisang!

    BalasPadam
  2. iya ba kak Amie...betul sangat..jauh sudah ba.

    BalasPadam