Salam penuh ceria,semoga sentiasa sihat dan bahagia di dalam lindungan-Nya...amin.
Mille crepe yang terbuat sempena hari jadi tuan tanah Rahel Blogspot pada 05/03/2015.Tak mahu cakap umur berapa...hehehe.Selalunya orang sebok mencari bahan-bahan untuk buat kek hari jadi,tapi kali ni Rahel bertukar selera pulak ke French Style Mille Crepe.Mulanya Rahel ingat mahu buat kek,tapi dalam kepala terlalu banyak resepi kek..jadinya bengong sendiri.Bila sudah bengong..mula la penyakit malas tu datang...
Dalam fikiran selalu cakap,kalau mahu buat kek kena la timbang bahan2 pastu mengadun lagi,pastu bakar lagi,dah bakar kena sejukkan lagi,setelah sejuk kek mo potong lagi pastu siapkan krimnya...aduii...punya la banyak kerjaan sedang Rahel tidak punya banyak masa,kalau si Alfian meragam...nah habis satu hari layan dia saja.
Sekarang cerita bab Mille Crepe ni pula.Biasanya kalau Rahel sudah fening ingat2 resepi kek,Rahel akan selongkar buku2 resepi yang sentiasa menjadi teman dan rujukan,pasti akan ada saja idea yang datang bertubi2 dan semestinya nakkan resepi yang kelihatan simple tapi mewah yang boleh dimakan sambil pejam2 mata gitu.Time selongkar buku resepi terpandang satu buku resepi French Style Mille Crepe by Coco Kong....wah...memang ini la yang dicari2...sudah lupa bila masa beli buku resepi ni,tapi yang pastinya nda pernah lagi menerai sebijik pun resepinya.
Setelah dibelek-belek resepinya hati berkata mahu buat Mille Crepe tapi mahu bagi inti apa ya...hermm rambang mata betul...banyak sangat resepi dalam sebijik buku tu,pastu ingat2 lagi apa bahan yang ada dalam esbok...hihihi...semestinya Rahel mahukan bahan yang simple tapi ueeenak...jadi Rahel memilih untuk inti cream cheese,oreo dan strawberry pie filling...wah sudah terbayang-bayang seperti apakah rasanya nanti bila sudah siap.
Untuk menyiapkan Mille Crepe ni tidak la susah,memang senang sahaja dan sesuai pada yang inginkan kelainan.Rasa dia memang sedap dan nyaman..kita boleh pelbagaikan inti dia sesuai selera.Mille Crepe ni kira mahal juga jika beli di kedai tau,dulu pernah makan di salah satu kedai kek n harga dia satu slice RM8 tapi tak berapa puas hati makan sebab crepe dia terlalu kenyal,cucuk dengan garpu pun lari sana sini..hihihi.Ok la,lama sudah cerita2 ni,jom kita baca-baca resepinya pula.
MILLE CREPE
Sumber resepi;Coco Kong
Bahan-bahan Crepe:
A:225g fresh milk
135g telur (yg ni Rahel bubuh 3 biji telur gred B)
1/4 tsp garam
65g tepung gandum
B:30g butter~cairkan
Cara membuat crepe:
1.Satukan bahan A.Gaul rata.
2.Tambahkan butter cair.Gaul sebati.
nampak gelembung2 di permukaan.Angkat.Buat sampai adunan habis di masak.
FOR FILLING
200g cream cheese
47g fresh milk
47g susu krim manis
200g non-dairy fresh whipping cream~diputar hingga kental/soft peak
Oreo cookies~buang krimnya-potong kecil2
Strawberry pie filling
Cara menyiapkan Oreo Strawberry Mille Crepe
1.Pukul cream cheese,fresh milk dan susu krim manis hingga licin.Tambahkan fresh cream.Gaul rata.
2.Ambil satu helai crepe dan letak di atas papan kek/pinggan.Sapu dengan cream cheese,kemudian tabur potongan oreo.Tutup dengan satu helai crepe.Tekan manja untuk ratakan krim dan juga untuk keluarkan gelembung udara.Buatlah macam ni sampai semua crepe diguna.Untuk lapisan paling atas tak payah sapu krim,tapi jika suka boleh juga letak krim.
3.Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam sebelum hidang.
Untuk lapisan oreo dan strawberry filling anda boleh buat selang seli atau pun ikut cara Rahel.
Rahel buat crepe saiz 8" sebanyak 16 lapisan,jadi 8 lapisan untuk oreo (bawah),kemudian 7 lapisan untuk strawberry pie filling.Pastikan sapu dulu dengan cream baru tabur dg oreo atau strawberry pie filling.
Untuk masak crepe,non stick pan tak perlu sapu dengan minyak,just panaskan pan sahaja ya.
Selepas masak crepe,jangan biarkan crepe terdedah lama sebab boleh jadi kering,sebaiknya simpan dalam bekas tertutup.
Selepas masak crepe,jangan biarkan crepe terdedah lama sebab boleh jadi kering,sebaiknya simpan dalam bekas tertutup.
Enjoiii
oh..birthday rahel ka hari ni? happy birthday rahel..may god bless u.. :)
BalasPadamhappy birthday rahel semoga heppy la ya hari ni bersama family tersayang
BalasPadamSelamat ulang tahun Rahel!
BalasPadamTO Wana
BalasPadamTerima kasih sis...aminnn
To kak Nooriah Abdullah
Terima kasih kak...amin
To Honey
Terima kasih sis.
lama x singgah ..tiba2 dah hb.. semoga sentiasa happy bersama family ..:)
BalasPadamWow, 1 kelainan nie kek bday kali nie...so nyummmyy...btw, hepi bday sis rahel...semoga bahagia sllu bersama family tercinta...;)
BalasPadamHappy birthday rachel!!! Ingatkan blog anniversary... rupa2nya bday tuan blog..
BalasPadamSelamat Ulang Tahun Kelahiran Rahel, semoga kehidupanmu sentiasa bahagia dan ceria..
BalasPadam