Salam ceria selalu..
Nasi Ayam Spesel
Sumber:Junjs11
Bahan-bahan (6-8 orang)
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia
Untuk perap:
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
Untuk Nasi:
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia-ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam
Bahan sos:
5 biji cili merah
5ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka,garam,gula
1/2 cawan air
Untuk Sup:
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar-kisar
rempah sup
garam
daun sup yang dihiris (i letak daun bawang)
Cara-cara:
1.Ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh) bersihkan dan dilumur dengan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk dan 2sm halia yang diketuk dan rebus hingga empuk.
2.Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15 minit.Goreng hingga garing.
3.Basuh beras dan toskan.Panaskan butter,tumis halia dan bawang putih hingga garing.Masukkan beras,terbit bau,masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam.Masak seperti biasa.
4.Untuk sos,blendkan semua bahan di atas,boleh ditambah sos tomato/sos cili jika suka.Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
salam rahel..hari ni zila berabgan nak masak nasi ayam..tp x jdi..ujan dr pagi malas nk kekedai beli ayam..h ehee tumpang mkn umh kamu jewlh.
BalasPadamAdeeehhh... Rahelku.... memang spesel ni sayang... sedapnya!
BalasPadamfeberetku selamanya ni rahel..sedap gilaaa..
BalasPadamWsalam Zila...
BalasPadamkita lagi takda peluang keluar rumah...ada si kecik...hehehe...boleh sangat2...mai Sabah ler.☺
Waaa...rupanya ada peminat tegar nasi ayam ya Bbwana....☺
BalasPadamIya Kak.Amie...teringat pulak ayam bakar yang kak Amie selalu buat tu...mengancam ☺
BalasPadammaktok pun nakkkkkkkkkk nasi ayam spesel ni rahell
BalasPadamSalam..
BalasPadamSinggah di waktu pagi..
Salam rahel..sedap! mmg semua org suka mkn nasi ayam kat umah nih :)
BalasPadamps: rajinnyer masak2.. baby sape jaga? xsabar nk tgk baby.
Memang spesel nampknya Rahel...membangkit selera lebih lebih lagi tgk ayam tu...sungguh mengiurkan... :)
BalasPadam
BalasPadamPertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.
Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.
Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
http://letsmasak.com/register
Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.
Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.
Ikhlas daripada,
Letsmasak.com
Yummy. sedapnya
BalasPadam