Salam ceria selalu kepada semua pembaca dapur Rahel Blogspot....
Kalau dah namanya kuih Melayu atau tradisional memang Rahel tak pernah jemu untuk mencuba..lagi2 kalau sudah pernah merasa..memang tidak sah kalau tidak kasi berasap periuk dan kuali...hehehe.Kuih kasturi @ kuih rengas ni baru kedua kali Rahel buat,biasanya beli sahaja.Oleh kerana ada sikit bahan2nya di dapur maka pagi ni merajinkan diri la.Resepi kali ni Rahel ambik dari buku resepi sahaja,suka sangat dengan kejadiannya...rasanya pun ngam..intinya lembut dan tidak terlalu manis.Yang suka makan kuih kasturi boleh mencuba ya...pastinya suka banget...
Kuih Kasturi
Sumber:Kompilasi Kuih Melayu
Bahan-bahan:
250gm kacang hijau
100gm gula
5 sudu makan kelapa parut
3 sudu makan tepung gandum
Air secukupnya untuk rebus kacang hijau (i guna 4 cawan air)
Bahan Kulit:
110gm tepung gandum
110gm tepung beras
1/4 sudu teh garam
Pewarna kuning
Air secukupnya
Cara membuat:
1.Rebus kacang hijau hingga empuk.
2.Masukkan gula dan kelapa.Kacau hingga airnya sejat.
3.Sejukkan dan capurkan dengan tepung gandum.
4.Ambil adunan dan bulatkan.Tekan dan celup dalam adunan kulit dan goreng.
5.Untuk membuat kulit.bancuh kesemua bahan sehingga rata dan pekat.
Enjoiiii
Singgah petang..
BalasPadamHarap sudi follow blog saya ye
http://teratakcassia.blogspot.com/
ooo senang je rupanya buat..x pernah cuba buat lagi..ingatkan susah..nanti nak cuba la..tq for sharing rahel
BalasPadamFav suami Kjee ni. Boleh buat. Thnx for recipe.
BalasPadamkuih kasturi ni wana suka makan tapi nda pandai buat..heheh
BalasPadam