Salam penuh ceria selalu...
Setelah sekian lama simpan resepi baru hari ni ada masa sikit untuk menyiapkan Roti Lebah yang memang lembut dan nyaman dimakan bersama sauce butterscotch.Doh roti ni sebenarnya Rahel sudah siapkan semalam,tapi kerana si kecik selalu tersedar maka Rahel pun tak sempat bakar roti,sudahnya doh Rahel simpan dalam peti sejuk sahaja.
Bila bangun pagi aja Rahel terus keluarkan doh dari peti sejuk dan biarkan pada suhu ruang sambil menunggu doh kembang semula,maklum la semalam doh memang sudah siap dibentuk n sudah naik gebu tapi ketika dimasukkan dalam peti sejuk ada kecut sikit terkena kejutan...kedinginan...hehehe...
Untuk resepi bun kali ni Rahel memilih resepi dari dapur Kak Rosmarlina yang memang pakar juga bab2 doh roti...sentiasa menjadi ja n memang puas hati dengan hasilnya...bun sangat lembut sampai macam tak mahu berhenti makan..
Oh ya,sebahagian doh tu Rahel buat Bun Serunding Ayam...perghh...memang meletop-letop dalam mulut..punya la sodap...memang berbaloi.Doh nya pula Rahel uli guna tangan sahaja sebab kebetulan memang datang rajin mahu menghabiskan lebihan2 tepung roti yg ada dalam simpanan,takut kalau dibiarkan lama2 akan ada serangga pula...kan membazir...ok la,jom kita teruskan ke resepi pula...
Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Bahan-bahannya:(untuk doh roti)
300gm tepung roti @ tepung high protein @ tepung superfine
200gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 biji telur (tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
250ml susu segar
6gm yis
40gm gula
40gm marjerin
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain @natural yogurt
Sedikit maple syrup atau pun madu sebagai sos untuk dijalurkan pada bee hives buns ini
nanti.
Bahan-bahannya egg wash untuk gliss pada pada permukaan bun nanti
baki telur + 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu
(sedikit kuaci hijau,bijan hitam dan badam hiris untuk ditopingkan pada bun nanti)
Cara-caranya:
1.Buat doh roti,kaedah 1,penggunaan bread marker (BM),masukkan semua bahan doh dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan start,tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no.4 di bawah.
2.Kaedah 2,jika uli tangan,masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,setelah menjadi doh ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik itu,ramas2 beberapa minit,lebih kurang 8 hingga 10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar
doh naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.
4.Selepas itu,tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin,bahagi doh pada beberapa bahagian kecil,lebih kurang 12 ke 16 ketul (Rahel timbang doh 25gm setiap satu),bulat2kan,susun doh di dalam acuan petak/bulat,perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
5.Setelah semua bun naik dua kali ganda,gliss permukaan bun dengan bancuhan telur,tabur bijan hitam,kuaci dan badam hiris,sapukan sekali lagi atasnya dengan eggwash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,akhir sekali bakar pada suhu 170'C selama 20 minit sehingga permukaan bun perang.Setelah bun diangkat,terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin,supaya permukaan bun berkilat.
6.Sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup.Apabila ingin menikmati buns ini jalurkan atasnya dengan maple syrup,nak makan dengan sos butterscotch pun boleh.
Sos butterscotch : butter mencair (3 sudu besar butter) + GULA PERANG (1 cawan) 5 minit kacau + whipping cream (3/4 cawan). Kacau, cukup likat, tutup api.
Kedua-duanya boleh ditingkatkan rasanya dengan tambahan vanilla, garam mengikut kesesuaian. Jadilah ia salted caramel dan salted butterscotch masing-masing.
Untuk Bun Serunding:
Jalurkan susu pekat manis dan mayonis atas bun,kemudian taburkan serunding ayam.Siap.
Selamat mencuba...
Nampak gebu la bun ni. Sesuai untuk breakfast.
BalasPadamsalam darlink..lamanya menyepi..roti ni memang famous kan..tapi wana x pernah buat lagi..sos butterscotch yang meleleh tu buat terleleh juga air liur wana tengok di sini..huhu
BalasPadamhai rahel, akak pun teringin nak buat lagi ni roti ni nyaman bah kan
BalasPadamNampak gebu sangattt...
BalasPadamSedapnya roti sarang lebah dan sos buttersctoch tu rahel. Baby buat apa
BalasPadamSedapnya roti sarang lebah dan sos buttersctoch tu rahel. Baby buat apa
BalasPadamDh study resepi ni... balik nnti nk cuba. Dh lama tergoda
BalasPadamNampak gebus sekali roti ni....sedap buat minum ptg.
BalasPadamhappy Anniversary Rahel...moga kekal bahgia tambah ceria dg kehadiran baby.
hppy annvrsery dear..sry lmbt wish ye..bby dh pndai apa tu..he hee.roti gebuss gebas. nmpk sedap sgt.
BalasPadamrajinnya rahel meroti, dah abis pantang ke belum ni
BalasPadamsaya lama teringin nak rasa roti ni tapi malas nak beli, nak buat sendiri mmg tak rajin nak uli hehe tunggu ada mixer lah
saya kalau roti mcm ni anytime anyday pun boleh makan. sedap
BalasPadamSedapnya....roti ni mmg hot selling. ramai meniaga ni...
BalasPadamSedapnya...x pernah try buat lg nih
BalasPadam